Berlakon Guna Suara Je Pun Boleh? Serius Ah?

Sembang

Semalam Marvel dah release trailer filem Avengers terbaru yang diberi tajuk Avengers : Endgame. Korang dah tengok belum? Stim tak tengok trailer tu? Filem Avengers terbaru ni keluar di pawagam pada 26 April 2019. So, korang boleh chill jap. Korang confirm kenal Thanos kan. Tahu tak siapa yang buat voice over untuk watak Thanos tu? Yes, Josh Brolin. Yang pernah juga bawa watak Cable dalam Deadpool 2 dan Matt Graver dalam filem Sicario.

Sebenarnya ramai lagi pelakon ternama yang pernah buat voice over untuk watak dalam filem yang gunakan teknologi CGI atau animasi. Mungkin ada yang kita tak perasan. Tak yah berlakon depan kamera. Guna suara je pun boleh. Gempak! Scroll bawah bosskurr.

Steve Carell sebagai Gru (Despicable Me)

Watak supervillain yang disukai ramai, Gru dalam filem animasi Despicable Me sebenarnya menggunakan suara pelakon dan pelawak, Steve Carell. Gru ni la abah kepada Minions. Masa ditemubual dalam rancangan The Graham Norton Show, Steve Carell ada bagi tahu siapa punca tercetusnya suara Gru tu.

Sumber : digitalspy.com

Owen Wilson sebagai Lightening McQueen (Cars)

Owen Wilson sendiri mengaku yang punca dia dapat buat voice over untuk watak Lightening McQueen disebabkan pengarah filem Cars, John Lasetter dan anak-anaknya terhibur dan terbahak-bahak ketawa dengan lakonan Owen Wilson dalam filem Shanghai Noon bersama Jackie Chan. Memang serius lawak Owen Wilson ni berlakon. Tapi kalau berlakon watak sedih pun boleh buat orang nangis!

Tom Hanks dan Tim Allen sebagai Woody dan Buzz Lightyear (Toy Story)

Filem animasi yang dah berusia 23 tahun sejak Toy Story ditayangkan pada tahun 1995, lepas tu ada Toy Story 2 pada tahun 1999. Toy Story 3 pula ditayangkan pada tahun 2010 dan untuk sequel yang terakhir, Toy Story 4 dijangka akan ditayangkan pada tahun 2019. Kalau korang membesar dengan filem Toy Story, memang confirm menangis masa tengok filem Toy Story 4 nanti menurut kata Tom Hanks dan Tim Allen sendiri. Macam mana rapatnya Woody dan Buzz dalam filem ni, macam tu juga lah kita dengan filem Toy Story!

KATALAKI: Korang boleh ke buat voice over suara kartun? Jangan terkeluar suara bapok sudah.

Last modified: 9 December 2018