Besar Gila Battery Smartphone Ni!

Gadget, Tech

Korang mesti pernah dengar jenama Energizer kan? Alah brand battery yang femes tu. Kalau korang nak tahu tak lama lagi dorang nak keluarkan smartphone sendiri. Avenir Telecom, Partner rasmi untuk Energizer Mobile akan memperkenalkan smartphone terbaru mereka di Mobile World Congress 2019.

Smartphone yang diberi nama Power Max P18K Pop ini bukan sahaja mempunyai kapasiti battery yang sangat besar tetapi ianya juga mempunyai dualselfie pop up camera, triple rear camera dan juga dilengkapi dengan MediaTek Helio P70 processor.

Dikatakan smartphone ini jugak akan mempunyai screen display sebesar 6.2 inci FullHD+, mempunyai 6GB RAM dan 128GB internal storage. Memang bukan biasa-biasa spec yang diletakkan pada Power Max P18K Pop ni!

Dengan lima kamera iaitu tiga kamera belakang dan dua kamera hadapan, smartphone ini boleh dikatakan antara smartphone yang paling banyak kamera untuk tahun ini. Kamera hadapannya yang mempunyai ciri popup membuatkan smartphone ini tidak akan mempunyai notch!

Kamera hadapan untuk Power Max P18K Pop ini adalah sebesar 16 Megapixel dan 2 Megapixel. Bagi kamera belakang pula yang disusun secara vertical akan diletakan kamera sebesar 12 Megapixel, 5 Megapixel dan 2 Megapixel.

Benda yang paling buat semua orang ternganga dengan smartphone ini adalah kapasiti battery-nya. Dengan battery sebesar 18,000mAh. Ia dikatakan mampu bertahan sehingga 50 hari dalam standby mode, 90 jam calling hours, dan 100 jam music used dalam satu pengecasan!

Untuk harga dan bila tarikh jualan, ianya akan diberi tahu pada Mobile World Congress 2019 yang akan diadakan pada 25 Feb 2019 sehingga 28 Feb 2019 nanti di Barcelona, Spain. 

KATALAKI: Ini nak buat untuk main game pun sedap bro!

Last modified: 16 February 2019