Beta Monster Hunter World: Iceborne bermula 30 Ogos Ini!

Game, Tech

Berita baik kepada semua peminat permainan video Monster Hunter World kerana bermula pada 30 Ogos ini, korang boleh bermain Monster Hunter World: Iceborne Beta secara percuma. Bagi korang yang tak sempat mencuba Beta yang pernah diberikan sebelum ini, inilah masanya untuk korang try!

Beta ini adalah Beta terbuka jadi semua orang boleh mencubanya tapi untuk PC belum ada ya, hanya untuk PS4 dan Xbox One sahaja. Capcom telah menyatakan yang Beta ini adalah Beta yang terakhir sebelum permainan video Monster Hunter World: Iceborne ini dijual secara rasmi pada minggu hadapan.

Untuk Beta yang terakhir ini, nampaknya ada sedikit penambahan yang dari segi mission yang diberikan dan gameplay. Yang pertama, untuk Beta terakhir ini, korang boleh bermain secara solo dan juga secara multiplayer. So bolehlah korang hunt dengan member-member.

Yang kedua terdapat penambahan misi. Pada Beta yang lepas, cuma ada tiga misi sahaja namun untuk Beta terakhir ini terdapat 4 misi. Extra mission ini adalah pertama kalinya korang akan berjumpa dengan Velkhana, Elder Dragon terbaru yang dicipta untuk Monster Hunter World: Iceborne.

Daripada segi gameplay pun terdapat beberapa penambahan berbanding Beta sebelum ini. Yang pertama korang akan dapat mencuba The Clutch Claw yang mana merupakan satu Slinger terbaru untuk Monster Hunter World: Iceborne. Clutch Claw ini membolehkan korang grapple kearah monsters dan memudahkan korang menyerang monsters tersebut.

Combo dan action setiap weapon juga ada penambahan terbaru. Jadi ini merupakan masa terbaik untuk korang mula berlatih untuk biasakan diri sebelum korang beli Monster Hunter World: Iceborne nanti. Tidak dilupakan korang juga akan dapat mencuba Raider Ride yang mana korang boleh menunggang beberapa monsters untuk memudahkan korang bergerak bila hunt monsters!

Untuk Beta ini juga, korang boleh memilih 6 character lelaki dan wanita yang telah disediakan. Untuk mencuba Beta ini, sila pastikan korang punya subscription untuk Playstation Plus dan Xbox Live Gold masih lagi aktif. Untuk Playstation 4, Beta akan bermula pada 30 Ogos 2019 pukul 3 petang sehingga jam 3 petang, 2 September 2019. Bagi Xbox One pula Beta akan bermula pada 2 September 2019 jam 3 petang sehingga jam 3 petang, 5 September.

KATALAKI: Aku punya Playstation Plus time-time macam nilah dia nak expired!

Last modified: 28 August 2019