Bethesda Kantoi Menipu Lagi?!

Game, Tech

Nampaknya kes game Fallout 76 ni tak habis-habis lagi sampai sekarang. Kalau korang tak tahu, Fallout 76 merupakan permainan video action role-playing online yang dihasilkan oleh Bethesda Game Studio dan dikeluarkan oleh Bethesda Softworks pada November 2018.

Sejak awal game ni dikeluarkan, banyak betul benda yang peminat siri Fallout tak puas hati. Walaupun aku tak main lagi game ni, tapi kalau tengok dari review orang ramai aku rasa aku buat keputusan yang betul untuk tak beli game ni.

First sekali, semua orang menyatakan yang game Fallout 76 ni merupakan game yang tak siap tapi dijual dengan harga full game. Bukan itu saja, terdapat laporan yang menyatakan Bethesda support site leaks maklumat-maklumat peribadi orang yang beli game Fallout 76.

Aku ingat lagi masa game ni baru dikeluarkan, semua kedai jual game ni dalam harga RM230++ tapi tak sampai seminggu semua kedai turunkan harga game ni sehingga RM110+ disebabkan takda orang nak beli and semua orang boikot game ni!

Tak dilupakan, Bethesda ada mengeluarkan collector edition untuk game Fallout 76 ni yang dipanggil Fallout 76 Power Armor Edition. Dalam Power Armor Edition ni terdapat wearable T-51B power armor helmet, canvas west tek duffel bag, Fallout figurines, glow-in-the-dark world terrain map, steelcase dan bonus digital items.

Ramai orang tak puas hati adalah duffel bag dia yang mana Bethesda janjikan pembeli akan dapat canvas beg tapi yang dorang dapat adalah duffel bag nylon yang murah. Korang bayangkan korang bayar hampir dekat RM900 tapi kau dapat barang yang kualiti dia hancur gila.

Selepas Bethesda kena hentam teruk dengan semua orang beli Power Armor Edition ni, Bethesda telah mengeluarkan official statement memohon maaf atas apa yang berlaku dan menjanjikan akan menghantar beg canvas yang dorang janjikan kepada semua orang yang beli Power Armor Edition ni.

Tapi ingatkan sampai situ jelah kes Bethesda tipu customer ni, alih-alih minggu ni keluar pulak lagi satu story.

Kali ni berkenaan dengan merch yang dorang keluarkan pulak. Merch yang dikatakan adalah Fallout Nuka Dark. Fallout Nuka Dark merupakan satu botol minuman alcohol yang dijual dalam harga lebih kurang USD100 ataupun RM400++.

Well menurut Youtuber DreamcastGuy, Fallout telah mengiklankan yang Fallout Nuka Dark didatangkan dalam bentuk botol kaca seperti mana yang telah dorang iklankan dalam poster. Tapi dia sangatlah tak puas hati bila dapat saja Fallout Nuka Dark ni, rupanya ianya cumalah botol plastic biasa.

Dia juga menyatakan yang Fallout Nuka Dark ni dah delayed terlalu lama dan bila dapat ianya tak seperti yang dijanjikan. Buat masa ini, Bethesda masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkenaan merch ini.

KATALAKI: Dahlah jual game tak siap, lepas tu menipu customer pulak. Apa nak jadilah dengan Bethesda sekarang ni.

Last modified: 2 January 2019