Betul Ke PS5 Boleh Main Game PS1/PS2?

Gadget, Tech

Beberapa bulan ini heboh rumors berkenaan console terbaru daripada Sony iaitu Playstation 5. Sony pula mengambil jalan untuk menutup mulut bila ditanya tentang leaks dan rumors yang tengah berlegar-legar di internet sekarang.

Sebelum ini CEO Sony, John Kodera memberi tahu yang PS5 tidak akan dikeluarkan sehingga tahun 2021 tapi report daripada Ace Securities mengatakan yang PS5 mungkin akan dikeluarkan dalam bulan December 2019 iaitu lebih awal daripada Xbox Two.

Dengan Sony mengambil keputusan untuk tidak akan hadir ke E3 2019 dan tidak akan mempunyai press conference pada acara gaming terbesar itu berkemungkinan Sony ingin mengfokuskan tenaga mereka kepada pembikinan PS5!

Bagi bahagian spec pula, satu post daripada Reddit RuthenicCookie4, orang yang sama mengatakan Sony tidak akan hadir ke E3 2019 sebelum Sony mengeluarkan kenyataan rasmi, menyatakan yang kemungkinan PS5 akan didatangkan dengan 8-core AMD Ryzen processor. Dia juga menyatakan yang kemungkinan Playstation VR 2 kan didatangkan dengan built-in camera dan improved Move controller.

Salah satu feature yang mungkin akan dimasukan kedalam PS5 adalah console ini maybe boleh memainkan permainan video daripada consoleconsole terdahulu! Sebelum ini, console PS4 tidak dapat memainkan game daripada console PS3 kerana architecture yang unik.

Ramai yang predict maybe PS5 akan mempunyai backward compatibility untuk permainan video daripada console PS4 sahaja namun leaks yang diterima minggu ini menunjukkan yang PS5 berkemungkinan besar dapat memainkan permainan video daripada console seawal Playstation 1 lagi!

Kalau betullah info ini, memang aku akan save duit beli PS5! Banyak gamegame daripada console terdahulu yang aku nak main. Contohnya macam game Dino Crisis 2 yang dikeluarkan pada Playstation 1 dan Okami yang dikeluarkan pada Playstation 2.

Sama ada Sony akan menamakan console terbaru mereka sebagai PS5 or dengan nama lain, kita kena tunggu update rasmi daripada Sony sendiri. Daripada segi harga pula, Dikatakan PS5 maybe akan dijual daripada harga USD500 ke USD650. So korang dah bolehlah start save duit dari sekarang! 

KATALAKI: Kalau betul PS5 keluar tahun ini, nampak gaya terpaksalah jual PS4 and cari duit extra nak saving beli PS5 hahaha!

Last modified: 18 February 2019