Betul Ke Sarang Burung Boleh Dimakan? Ini Asal Usulnya

Collab, Sembang

Sarang burung walit adalah sejenis makanan yang dikategori makanan eksotik dan ianya juga adalah antara santapan yang berkhasiat serta popular sejak zaman dahulu kala lagi dikalangan bangsa Tionghua di Malaysia.

Menurut sejarah pakar direkodkan tanpa bukti bertulis dimana pemakanan sarang burung walit ini adalah merupakan makanan tambahan yang diamalkan oleh bangsa China sejak tahun 700 sebelum Masihi namun dalam sebuah jurnal bulanan Mingpao Vol 231 tahun 1985, pengambilan sarang burung sebagai makanan suplliment telah diamalkan oleh masyarakat di negara China zaman Dinasti Ming.

Manakala pemakanan sarang burung juga telah di exportkan ke Asia Tenggara ke negara China semenjak abad-14 apabila permintaan yang tinggi setelah umum ketahui tentang khasiat yang terdapat pada sarang burung, sejarah tentang pemakanan sarang burung walit ini juga telah tercatit dalam buku perubatan Cina klasik. Namun kesukaran untuk bekalan sarang burung ini telah menyebabkan kenapa ianya merupakan antara pemakanan yang dikategorikan sebagai makan yang mahal dan ianya adalah makanan yang hanya mampu untuk golongang kelas atasan atau bangsawan.

Ketika zaman pemerintahan Dinasti Qing, menu masakan yang diperbuat daripada sarang burung walit adalah makanan wajib bagi pihak kerajaan. Terdapat juga beberapa resepi masakan yang mengunakan sarang burung walit sebagai salah satu bahan utama buat masyarakat di China. Menurut kepercayaan rakyat di sana, sarang burung walit mengandungi khasiat yang mampu memberikan kesihatan kepada daya tubuh badan.

Antara santapan sering di amalankan oleh maharaja dan maharani China adalah dengan mengambil sarang burung walit sebagai menu sarapan pagi agar dapat menjaga kesihatan dan mengekalkan kecantikan.

Menurut sejarah lama, orang pertama yang memakan sarang yang diperbuat daripada air liur burung walit ini adalah Laksamana Cheng Ho dari zaman Dinasti Ming. Mengikut lagenda tersebut yang berlaku pada sekitar abad ke-15, Laksamana Cheng Ho dan anak-anak kapalnya terkandas di sebuah pulau Melayu apabila saat kapal layar dihempas oleh ribut petir. Setelah berada di pulau Melayu tersebut, Laksamana Cheng Ho dan anak-anak kapalnya menemui air liur burung di tepi sebuah tebing lalu menjadikan ia sebagai makanan sebagai alas perut untuk bertahan di pulau tersebut dimana selepas beberapa hari mereka merasakan tubuh badan semakin menjadi bertenaga dan sihat daripada kesan beberapa hari kelaparan. Setelah berjaya pulang ke China, mereka membawa pulang air liur burung yang dijadikan buah tangan kepada maharaja.

Dikatakan bermula kisah lagenda ini lah dimana mereka menemukan khasiat tentang asal usul pemakanan sarang burung walit dan daripada situ juga ianya menjadi tradisi antara cara-cara mengekalkan kecantikkan serta kesihatan oleh kerabat Cina. Menurut karya klasik, untuk mengekalkan kecantikkan dan kesihatan, Permaisuri Dowager Tzu Hsi mengambil 7 jenis air liur burung.

Menurut MasalahSains.com, antara amalan penyediaan pemakanan sarang burung walit ini boleh diambil dengan secara penyediaan sebagai air minuman atau dalam hidangan sup sarang burung walit. Namun menerusi teknologi sedia ada pada zaman ini, cara pengambilan sarang burung telah dimudahkan dalam bentuk produk kosmetik serta produk pemakanan tambah atau food supplement yakni membantu kita semua untuk menjaga tubuh badan serta kesihatan melalui khasiat yang terdapat pada sarang burung walit. Tambah lagi, dengan pengambilan sarang burung walit ini juga, selain dapat meningkatkan tahap kecekapan organ dalaman, ianya dapat menghilangkan masalah gastrik, asma, batuk serta meningkatkan sistem imunisasi badan.

SARANG BURUNG WALIT SESUAI UNTUK LELAKI TAK?

Jadi daripada situ lah kami merangkumi antara sejarah serta asal usul bagaimana terjadinya tradisi pemakanan sarang burung walit serta khasiat yang sedia ada pada pemakanan yang boleh dikatakan rare ni.

Antara produk produk yang terbaik untuk pengambilan sarang burung walit ini adalah produk sarang burung walit daripada Lovlin Bird Nest dan produk keluaran Lovlin Bird’s Nest ini juga adalah amat sesuai untuk seorang lelaki. Pengambilan sarang burung seperti produk sarang burung walit Lovlin Bird’s Nest ini baik untuk seorang lelaki oleh kerana antara khasiatnya adalah untuk memberikan kesihatan tenaga batin, memberikan peningkatan kepada waktu tidur yang lebih berkualiti serta dengan pemgambilan yang konsisten, ianya juga dalam meremajakan kulit wajah serta menganjalkan dan mencerahkan kulit wajah.

Kalau korang nak try test khasiat produk sarang burung walit ni dalam bentuk yang lebih mudah untuk dihadam seperti produk sarang burung walit keluaran Lovlin Bird’s Nest. Korang boleh dapatkan di official Lovlin Bird’s Nest distributor. Untuk info lebih dekat mana korang boleh dapatkan Lovlin Bird’s Nest ni, korang boleh usha laman Facebook rasmi Lovlin Bird’s Nest DISINI.

KATALAKI: Sarang burung ni power jugak lah kiranya…

Last modified: 26 March 2020