Betul Ke Time Traveller Wujud?

Sembang

Bayangkan orang yang rapat dengan korang sekarang ini sebenarnya adalah time traveller. Bagi yang tak tahu apa itu time traveller, time traveller ini adalah panggilan kepada mereka yang mampu balik ke masa silam dan pergi ke masa hadapan.

via GIPHY

Alah kalau korang tengok Doraemon mesti korang perasan yang Doraemon selalu bawa Nobita masuk dalam laci meja dia dan bawa Nobita pergi masa silam dan hadapan menggunakan mesin ini.

Doraemon sendiri adalah robot dari masa silam yang telah dihantar oleh cicit Nobita demi membantunya dari membuat pilihan yang akan effect masa hadapan keluarga mereka. Didalam sejarah agama-agama yang wujud dunia juga terdapat cerita tentang mereka yang mampu travel ke masa silam dan masa depan.

via GIPHY

Antaranya didalam mitos Hindu, Mahabharata ada mencerita tentang seorang raja bernama raja Raivata Kakudmi yang travel ke syurga untuk berjumpa dengan Brahma dan apabila dia pulang ke bumi, dia terkejut yang beberapa tahun telah berlalu walaupun masa dia di syurga cuma beberapa minit sahaja.

Dalam mitos Jepun juga ada menceritakan tentang Urashima Taroyang merupakan seorang seorang nelayan muda yang diberi peluang untuk melawat istana dalam laut setelah menyelamatkan seekor penyu. Bila dia pulang ke darat, dia mendapati dia telah meninggalkan darat hampir 300 tahun dimana rumahnya telah hancur dan ahli keluarga dia telah mati berpuluh tahun yang lalu.

Terdapat juga gambar-gambar orang terkenal yang mana mungkin dapat membuktikan yang dorang ini sebenarnya time traveller dari masa silam. Sama ada dorang memang time travellers or dorang ini sebenarnya vampire yang tak akan tua!

NICHOLAS CAGE

Pada tahun 2011, sebuah gambar yang dikatakan dari tahun 1870 menunjukan seorang lelaki yang diambil dekat Bristol, Tennesse jelas menunjukan rupa paras dia yang sangat sama dengan pelakon terkenal Nicholas Cage!

Jack Mord yang menjumpai gambar ini telah cuba menjualnya dekat eBay pada harga USD1 juta namun ramai menyatakan yang gambar ini adalah palsu tetapi Jack sehingga hari ini tetap menyatakan gambar ini adalah asli dan bukan edited.

JOHN TRAVOLTA

Tidak lama selepas internet dikejutkan dengna gambar Nicholas Cage dari masa silam, sebuah gambar yang dikata dari tahun 1860 pula muncul di internet yang mana ianya juga cuba dijual pada pembida yang paling tinggi.

Penjual yang tidak mahu mendedahkan namanya memberitahu yang di mahu menjual gambar ini pada harga USD50,000 dan menyatakan selepas melihat Jack Mord menjual gambar yang dikatakan gambar Nicholas Cage di internet, dia turut membuat pilihan yang sama iaitu dengan menjual gambar John Travolta dari masa silam.

VLADIMIR PUTIN

Beberapa gambar telah menunjukan yang bahawa Vladimir Putin kemungkinan besar juga adalah seorang time traveller. Bekas president Rusia yang juga merupakan bekas KGB dikatakan hidup sejak sebelum tahun 1920 lagi!

2 gambar menunjukan pemuda dari tahun 1920 dan tahun 1941 turut melihatkan kedua-dua pemuda ini memakai pakaian seragam tentera. Vladimir lahir pada tahun 1952 iaitu 11 tahun selepas gambar kedua yang ditunjukan. Yang buatkan aku lagi pelik adalah kedua-dua gambar menunjukan pemuda ini memakai baju tentera! Hmmm pelikkan?

Yang rasa-rasa macam out-to-date tu, apa kata korang layan playlist lagu terbaharu. Atleast takde la ketinggalan kan?

 

KATALAKI: So apa kata korang? Adakah dorang ini betul-betul time traveller or just pelanduk dua serupa sahaja?

Last modified: 12 February 2019