Sekarang ni semua orang tengah tertanya-tanya, betul ke kalau kita tinggalkan botol air mineral kat dalam kereta yang berjemur di tengah panas? Ini semua berpunca daripada satu video yang viral kat media sosial baru-baru ni.
View this post on Instagram
Kalau korang masih lagi tak berapa faham macam mana botol air mineral boleh terbakar kat dalam kereta, situasinya lebih kurang sama kalau kita gunakan kanta pembesar kat bawah matahari yang terik dan halakan kat benda yang mudah terbakar.
Bila matahari masuk ke dalam kereta melalui cermin kereta, botol plastik dan air boleh membantu cahaya dan haba daripada matahari fokus kepada satu tempat dan seterusnya haba tersebut akan mengakibatkan nyalaan api di permukaan yang mudah terbakar.
Selain daripada boleh mengakibatkan kebakaran, sebaiknya korang jangan minum dah air mineral tu kalau korang tinggalkan botol air mineral tu berjemur di tengah panas kat dalam kereta. Kenapa? Sebab botol air mineral yang dijemur di tengah panas, boleh mengakibatkan bahan kimia daripada botol plastik tersebut masuk dan bercampur dengan molekul air mineral.

Image Via : theepochtimes.com
Ada lagi barang-barang lain yang tak sepatutnya korang tinggalkan kat dalam kereta di bawah panas terik matahari sebab berpotensi untuk mengakibatkan benda buruk berlaku. Sebelum keluar kereta tu, pastikan korang check dulu barang-barang ni tak tertinggal kat dalam kereta, ok bos?
Barangan Elektronik
Sama ada laptop, kamera, pendrive, powerbank atau barangan eletronik yang lain, jangan biar dan tinggalkan kat dalam kereta sebab macam-macam kemungkinan boleh jadi. Silap hari, mungkin barang tersebut boleh meletup kat dalam kereta atau ada orang akan pecahkan kereta sebab nak curi barang-barang tu.
Botol Semburan

Image Via : tamiyausa.com
Tak kisah la botol semburan pewangi kereta, penghalau nyamuk atau pun pembunuh lipas, botol semburan boleh meletup kalau ditanggalkan kat bawah matahari yang terik. Kalau korang tengok kat bahagian botol semburan tu pun, dah bagi tahu supaya jangan simpan kat tempat yang bersuhu tinggi. Sebab tu kalau nak gunakan pewangi kereta, guna yang memang istimewa untuk kegunaan kereta. Jangan guna air freshener dalam botol tu kat dalam kereta.
Anak
Memang wujud manusia kat dunia ni yang masih lagi dengan selamba tinggalkan anak kecil kat dalam kereta. Walaupun tinggalkan dalam 5 minit je pun, masih lagi boleh mengundang bahaya. Ada kemungkinan orang curi kereta dan anak atau pun anak kecil sesak nafas kat dalam kereta. Tu belum kira lagi anak kecil yang jenis suka mencuba. Kang tak pasal kereta parking kat dalam kedai cat.
Myvi jarang lah tak padu
Lokasi : Taman Pelangi Semenyih pic.twitter.com/gqaioQOVHb
— 𝟯𝟳𝟬𝗛𝗦𝗦𝗩 𝟬𝟳𝟳𝟯𝗛 (@CikMieyraaaaa) June 9, 2019
Haiwan Peliharaan
Kenapa ada yang sampai hati tinggalkan kucing, anjing atau haiwan peliharaan yang lain kat dalam kereta? Cuba bayangkan kalau pemilik haiwan tersebut yang ditinggalkan kat dalam kereta tengah panas dan haiwan peliharaan tu yang pergi membeli-belah berjam-jam. Apa perasaan pemilik haiwan tersebut? Macam tu gak la kalau haiwan yang ditinggalkan kat dalam kereta. Sampai ada haiwan yang tercungap-cungap sesak nafas sebab kena tinggal kat dalam kereta.
Hi. Admin cuba utk tidak mencarut di bulan ramadhan ini tp JANGAN JADI BODOH SANGAT YA TINGGAL KUCING MCM NI DLM KERETA. MCM TAK CUKUP NAPAS JE AKU TENGOK KUCING NI. BANGANG TU SIMPAN2 SIKIT.
Video credit FB- Tokdaeng Tokpiee pic.twitter.com/EfhN7Dzcth
— Kucing Jalanan MY 🐈 (@kucingjalananMY) May 20, 2019
KATALAKI: Sekarang ni pun kita sepatutnya kurangkan penggunaan sebarang jenis plastik termasuk lah botol plastik air mineral. Untuk elakkan korang asyik terlupa je botol air mineral dalam kereta, jangan beli dah air mineral yang guna botol plastik okeh!