Betul Ke Wujud Bangsa Final?

Aktif, Bola

Sumber : affsuzukicup.com

#BangsaFinal ni mula terbang di media sosial bila tiket final pertama Piala Suzuki AFF 2018 antara Malaysia dan Vietnam mula dijual secara online. Patut atau tak penyokong yang turun ke stadium masa final dilabel Bangsa Final? Memang betul, keutamaan wajib diberi dekat Ultras Malaya untuk datang ke stadium sebab dorang ni la yang bermati-matian sokong Harimau Malaya tak kira lah masa kalah atau menang. Harimau Malaya main kat negara mana pun dorang tetap turun stadium untuk support Harimau Malaya!

Syabas untuk FAM yang bijak gunakan akal fikiran untuk sediakan kaunter laluan khas kat Wisma FAM untuk Ultras Malaya dapatkan tiket ke final dan kita sendiri dapat tengok curva Ultras Malaya memang full house dan full force kat dalam stadium!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ultrasmalaya.my (@ultrasmalaya.my) on

Alhamdullilah kami pun berpeluang untuk join sekali laluan khas pembelian tiket final untuk Ultras Malaya sebab kami berkesempatan untuk turun ke Stadium Rajamangala hari tu. Kami faham bukan semua ada peluang dan rezeki untuk turun awayday. Tiket yang disediakan untuk perlawanan di tempat lawan pun sebanyak 3,000 keping je. Nak kena beli tiket flight lagi. Jadi, bila Harimau Malaya layak ke final dan bermain kat Stadium Nasional Bukit Jalil, masa ni la berjuta rakyat Malaysia ambil peluang untuk turun ke stadium saksikan wira negara tercinta, Harimau Malaya beraksi di depan penyokong sendiri!

 

View this post on Instagram

 

Yang pergi Stadium Rajamangala hari tu dah boleh beratur beli tiket final kat Wisma FAM. Jangan lupa bawa tiket kat Bangkok atau passport geng! #affsuzukicup2018 #HarimauMalaya

A post shared by THELAKI (@thelakione) on

Sumber : affsuzukicup.com

Macam mana pula dengan sesetengah keyboard warrior yang cipta #BangsaFinal lepas gagal dapatkan tiket ke final pertama Piala Suzuki AFF hari tu? Layak atau tak untuk diberi laluan khas untuk dorang beli tiket final demi puaskan hati dorang? Keyboard warrior ni boleh penuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil? Sanggup tengok Bangsa Final ni tengok match Harimau Malaya kat rumah je dan biar stadium kosong?

Sumber : Facebook FAM

Keputusan pihak bertanggungjawab yang diberi tugas untuk kendalikan pembelian tiket secara online juga dipersoalkan apabila tiba-tiba masa saat genting berjuta rakyat Malaysia nak beli tiket, masa tu juga nak buat ujian sistem penjualan tiket secara online lebih awal daripada waktu jualan yang diumumkan. Macam tu juga dengan penjualan tiket secara fizikal yang kecoh kat Stadium Nasional Bukit Jalil sampai ada yang pengsan dan bergaduh.

Kapasiti Stadium Nasional Bukit Jalil ialah seramai 80,000 orang. Kalau berjuta rakyat Malaysia nak turun ke stadium nak tengok match final, memang confirm tiket tak cukup. Sebab tu FAM sediakan juga perlawanan Harimau Malaya boleh ditonton di TV. Walaupun ada yang tak dapat turun ke stadium, tapi jiwa dan raga rakyat Malaysia masih berkobar-kobar menyokong Harimau Malaya!

Ini luahan pelakon, Ummi Nazeera yang dilabel sebagai “Bangsa Final” di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

Assalamualaikum and good morning semua! Alhamdulillah dan tahniah Harimau Malaya utk. game last night. Ingatkan nak balik dgan hati yg bersyukur dan gembira. Tapi lepas apa yg Ummi witness semalam hati jadi semakin hiba 1. Sejak stage grouping lagi Ummi dan kawan kawan sudah pergi ke stadium support Harimau Malaya. Dan sejak itu ramai yg FITNAH kami di sponsor oleh YB. Sedangkan kami guna duit kami. Setiap sen yg digunakan adalah dari TITIK PELUH kami. Alhamdulillah. Tak ada cable atau kroni involved. Saya ada bukti. 2.Bangsa Final Ramai yang tulis BANGSA FINAL di ig Ummi dan kawan kawan Ummi. Tlg tengok post kami sebelum ni. Dan kalau betul pun ada yg datang untuk final saja. Apa salahnya. Kan bagus kita sama sama support Harimau Malaya represent Malaysia. Jgn busuk hati bila tengok orang lain dapat lebih. Kan dalam Islam kita diajar utk doakan mereka yg dapat apa yg kita mahukan. Dan malaikat ameen kan doa kita sambil mendoakan yg sama buat yg mendoakan. 3. Ummi nampak dua kali rakyat Malaysia baling barang ke arah padang bila emosi. Sangat sedih dan malu dengan tindakan rakyat Malaysia yang TAK BERTANGGUNGJAWAB. Kalau lah terkena kepala budak, ibu mengandung atau mencederakan sesiapa. Kau tak terfikir ke? Tolong jangan pentingkan diri. Fikir dulu. Kesian abang penjaga padang tu kena menghadap perangai korang ni. Nasib baik tak kena diorang. 4.Merokok, vape Ada juga yg merokok satu row dengan ibu mengandung. Ada juga yg vape. Ada juga yang duduk di tangga tu langsung tak nak bangun bagi jalan bagi mereka yg nak ke toilet sehingga ada yg terpaksa menjerit “Tolong bagi jalan”. Waktu rehat kan bukannya waktu game pun. Kami datang awal untuk dapatkan tempat duduk. Jangan kata tempat duduk pun di sponsor pula ya. Jam 4 ptg dah turun rumah. Hampir 4 JAM kami tunggu di stadium sebelum game start. Kami pun sama sama susah juga. SAMA SAJA. 5. Ulat Ticket Ini Penting. Masa kitorg nak masuk. Adik in charge ticket ambik ticket kitorg dan bagi signal dengan tangan dia suruh ‘masuk’. Kitorg cakap “Eh ticket kitorg”. Dia cakap “Takpe, masuk saja” TANPA KOYAK TICKET seolah boleh dijual balik. Kitorang bertegas. “Tolong dik, kitorang nak(saya sambung di comment)

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on

Mungkin lepas ni pihak atasan dan pihak bertanggungjawab boleh improve lagi dan pantau cara penjualan tiket dengan lebih tegas untuk match tumpuan Harimau Malaya. Bangsa Final ni yang beratur panjang berjela nak beli tiket. Bangsa Final ni juga yang gigih tercongok depan PC dan smartphone nak beli tiket online. Bangsa Final ni juga yang keluarkan duit untuk beli tiket. Bangsa Final ni juga yang penuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil untuk buat pasukan lawan cuak bila menentang Harimau Malaya di tanah air kita yang tercinta!

KATALAKI: Ayuh rakyat Malaysia kita bersatu demi negara kita! Tanah tumpahnya darah kita! 

Last modified: 17 December 2018