Bila Ayam Goreng Dan Jenama Streetwear Tempatan Bergabung

Sembang

Mula bertapak di Malaysia sejak tahun 1973, pada 5 September 2019, KFC Malaysia mencipta sejarah baru selepas melancarkan koleksi streetwear11 Finger Lickin’ Good Goods‘, berkolaborasi dengan jenama streetwear terkenal di Malaysia iaitu Pestle & Mortar Clothing (PMC).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pestle & Mortar Clothing (@pestlemortarclothing) on

Kenapa KFC Malaysia dan PMC Gunakan Angka 11?

Angka 11 tersebut digunakan oleh KFC Malaysia dan PMC untuk menghasilkan 11 jenis rekaan streetwear eksklusif KFCxPMC dan rekaan streetwear tersebut diinspirasikan daripada 11 herba dan rempah Colonel Sanders.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pestle & Mortar Clothing (@pestlemortarclothing) on

Jenama Pestle & Mortar Clothing yang mula dikenali sejak tahun 2010, berjaya mengangkat dan mengetengahkan gaya tempatan dan isu-isu semasa melalui rekaan streetwear yang dihasilkannya, ini juga merupakan salah satu punca KFC Malaysia bersetuju untuk berkolaborasi dan menghasilkan koleksi pakaian eksklusif yang menggabungkan elemen keistimewaan hubungan yang terjalin di antara KFC dan rakyat Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pestle & Mortar Clothing (@pestlemortarclothing) on

Koleksi ekslusif KFCxPMC ni terdiri daripada kemeja tee bercorak grafik, kemeja ‘bowling‘ bercetak penuh, jaket bomber bersama grafik, reversible bucket hat dan beg tote. Antara elemen yang ada dalam grafik koleksi KFCxPMC termasuklah Jalan Larut KFC, nama ‘Atuk’ yang merujuk kepada pengasasnya, Colonel Sanders dan pressure cooker KFC.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pestle & Mortar Clothing (@pestlemortarclothing) on

Jumlah jualan yang berjaya dikumpul melalui koleksi streetwear11 Finger Lickin’ Good Goods‘ ni juga akan disalurkan kepada badan kebajikan Add Hope Malaysia untuk membanteras masalah kebuluran. Kalau korang nak dapatkan koleksi eksklusif KFCxPMC ni, boleh usha kat Major Drop di Sunway Pyramid atau boleh gak beli kat pestlemortarclothing.com.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pestle & Mortar Clothing (@pestlemortarclothing) on

KATALAKI: Koleksi ni terhad dan ada yang dah sold out. Siapa cepat dia dapat.

Last modified: 6 September 2019