Bila BBNU Ambik SPM

Sembang

13 November 2018. Tarikh keramat untuk korang yang akan murung selama beberapa hari. All the best untuk dak-dak baru nak up yang ambik SPM tahun ni. Masa ni la korang nak buktikan apa yang korang dah belajar daripada mula pandai membaca sampai la menghafal formula.

Di zaman ni, kehangatan SPM ni sampai kita boleh nampak kat media sosial terutama sekali di Twitter. Ada yang bagi tips, selfie sebelum jawab paper SPM, dan ada juga yang troll!

Sambil-sambil korang kerut kening study untuk SPM tu, cer korang chill jap layan tweet-tweet “Road To SPM” kat bawah ni yang berjaya menggelikan urat lawak dan urat kentut kami di Thelaki.

Tips Study Malam Sebelum SPM

Ya betul. Musuh nombor satu millennials ialah handphone, smartphone, tepon atau hp. Tak kisah la jenama apa pun, kita mana boleh kalau takde handphone kat sebelah. Sekejap-sekejap mesti nak check ada notification la, buka apps tu la, apps ni la. Nah ni dia tips yang dikongsikan oleh @intankhrna di Twitter.

Kalau boleh kunci almari tu korang campak kat laut. Dah habis SPM baru cari balik😂. Tapi jap, “Hotk” tu apa?

Jenis – Jenis Student Di Ambang SPM

Benda ni memang betul-betul wujud di kalangan student, tak kisah la SPM ke, kolej ke, universiti ke, mesti ada! Antara tiga jenis student dalam gambar ni, percaya la dua orang yang paling relax tu yang dapat result lagi gempak. Korang yang mana satu?

Tips Paper Sejarah Daripada CG Hamdan, Jiran CG Suraya

Bros yang tak faham CG tu apa, maksudnya Cikgu! Subjek Sejarah memang dikenali dengan pil tidur dikalangan student lelaki-lelaki marhaen. Terima kasih kepada cikgu Hamdan sebab berkongsi tips boek ni!

Dilema Student Sains

Student yang ambik subjek Sains confirm pernah terkena benda ni! Member semua dah settle jawab paper, bros yang ada paper Sains berbulu je tengok member lalu kat luar dewan exam.

Petua Turun Temurun

Bila nak dekat SPM korang standby je la mak abah korang letak berbotol-botol air kat dapur. Jangan perut kembung penuh air masa nak jawab paper sudah.

Persediaan Ambik Result SPM

Sebelum aku tamatkan artikel kali ni, kita throwback balik tweet bro @ijaicool tahun lepas mengenai persediaan untuk korang ambik result SPM. Bro @ijalcool tak pernah mengecewakan!

Apa yang jadi masa SPM ni la yang akan jadi kenangan buat kita lepas dah habis sekolah, dah sibuk bekerja nanti. Moment yang paling epik sekali dah tentu sekali lepas korang settle last paper! Masa tu la ada yang baling tepung, conteng tandatangan kat baju dan macam-macam lagi lah. Apa-apa pun all the best untuk bros yang jawab SPM tahun ni okeh! Lepas SPM nanti banyak lagi benda yang korang akan jumpa dan belajar untuk jadi seorang manusia yang berjaya.

KATALAKI: Masa nak SPM ni la kita boleh nampak bros yang “insaf jap”😂

Last modified: 14 November 2018