Bila Inter Miami CF Akan Mula Terlibat Dalam Major League Soccer?

Aktif, Bola

Mungkin dah banyak kali korang ternampak pasal pasukan bola sepak baru di Amerika Syarikat yang diketuai oleh David Beckham iaitu Inter Miami CF. Tapi bila agaknya Inter Miami CF ni akan mula bersaing dalam Major League Soccer sebab bukan senang nak wujudkan satu pasukan baru untuk bersaing kat liga bola sepak tertinggi di Amerika Syarikat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by David Beckham (@davidbeckham) on

Inter Miami CF yang dipimpin oleh David Beckham bersama 4 orang lagi pemilik iaitu ahli perniagaan yang berasal dari Miami, Marcelo Claure, billionare dari Jepun, Masayoshi Son dan adik-beradik yang memiliki perniagaan infrastruktur terbesar di Amerika Syarikat, Jorge dan Jose Mas, menjangkakan pasukan bola sepak Inter Miami CF akan mula bersaing dalam Major League Soccer bermula tahun 2020.

Setakat ni dah ada 3 pemain yang berjaya direkrut oleh Inter Miami CF iaitu Christian Makoun dari Venezuela, Julian Caranza dan Matias Pellegrini dari Argentina.

Pencarian bakat pemain muda untuk Inter Miami CF dah pun bermula sebenarnya bagi mencari pemain-pemain muda yang bakal mengisi slot pemain akademi yang digilap oleh Inter Miami CF.

Inter Miami CF bukan lah pasukan bola sepak pertama yang pernah wujud kat Miami, Florida. Sebelum ni, Miami pernah ada pasukan bola sepak iaitu Miami Fusion yang aktif pada tahun 1997 sehingga tahun 2001. Macam mana David Beckham boleh terfikir nak wujudkan satu pasukan bola sepak baru kat Miami?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by David Beckham (@davidbeckham) on

Semuanya bermula pada tahun 2007 masa David Beckham berpindah dari Real Madrid untuk bermain bersama LA Galaxy yang bersaing dalam Major League Soccer. Dalam perjanjian perpindahan tersebut membolehkan David Beckham untuk menubuhkan pasukan bola sepak di Major League Soccer dengan harga yang lebih murah berbanding harga biasa. Pada tahun 2013, David Beckham bersara daripada bola sepak profesional dan mula menubuhkan pasukan bola sepak baru di Amerika Syarikat pada tahun 2014.

KATALAKI: Sekarang ni kat Amerika Syarikat bola sepak semakin popular selepas kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan Amerika Syarikat di Piala Dunia 2002. Tu yang Major League Soccer semakin menggalakkan lagi banyak pasukan baru diwujudkan.

Last modified: 21 August 2019