Bila London Bertemu London

Aktif, Bola

Ahad ni, 25 November 2018, kita bakal menyaksikan satu lagi pertempuran jiran setempat antara Tottenham Hotspurs menentang Chelsea untuk perlawanan Premier League minggu ke 13.

Selepas Premier League berehat selama dua minggu untuk bagi laluan kepada perlawanan persahabatan antarabangsa dan UEFA Nations League, minggu ni Premier League kembali menemui peminat bola sepak Inggeris yang dahagakan aksi bola sepak bertaraf dunia setiap hujung minggu. Sangap weh takde bola masa weekend!

Jadi, jom kita tengok analisa untuk perlawanan tumpuan minggu ni antara Tottenham Hotspur menentang Chelsea pukul 1.30 pagi, awal pagi Ahad.

Rekod Pertemuan

Sumber : premierleague.com

Rekod pertemuan antara Spurs dan Chelsea boleh dianggap berat sebelah disebabkan prestasi Spurs yang turun naik dalam beberapa musim. Dalam 52 perlawanan antara Spurs dan Chelsea sebelum ni, hanya 6 kali je Spurs berjaya tewaskan Chelsea.

Sumber : premierleague.com

Pencapaian tertinggi Spurs dalam sejarah Premier League ialah berjaya dapat tempat ke-2 dalam Premier League musim 2016/2017 sejak tahun 1963. Spurs pernah jadi juara Premier League hanya dua kali je, pada tahun 1951 dan 1961. Mungkin musim 2018/2019 kali ni giliran Spurs akan jadi juara Premier League? Ini kedudukan liga Premier League buat masa sekarang.

Sumber : premierleague.com

Dua perlawanan terakhir sebelum ni, masa Antonio Conte masih bersama dengan Chelsea, Chelsea berjaya tewaskan Spurs di Wembley Stadium, stadium sementara untuk Spurs. Perlawanan pada 1 April 2018 hari tu, Spurs pula berjaya tapau Chelsea di Stamford Bridge.

Mauricio Pochettino VS Maurizio Sarri

Agak-agak korang, manager yang mana satu yang mau menang? Mauricio Pochetino merupakan salah seorang manager yang dianggap mampu menyambung legasi Harry Redknapp yang dalam usaha membentuk Spurs menjadi kelab bola sepak terbaik di dunia.

Selepas pemecatan Harry Redknapp pada tahun 2012, Spurs melantik dua manager untuk membimbing Spurs sebelum Mauricio Pochetino. André Villas-Boas pada tahun 2012 dan Tim Sherwood pada tahun 2013. Kedua-dua manager sebelum ni dianggap gagal oleh Spurs. Selepas Mauricio Pochetino tiba di Spurs, baru lah Spurs bangkit dan berjaya dapat tempat ke-3 dalam Premier League musim 2015/2016 dan tempat ke-2 dalam Premier League musim 2016/2017. Pencapaian terbaik Spurs dalam sejarah Premier League setakat ni.

Pertemuan Spurs dan Chelsea hujung minggu ni sebenarnya kali pertama Maurizio Sarri sebagai manager Chelsea untuk menentang Spurs. Korang boleh usha prestasi Maurizio Sarri bersama Chelsea setakat ni kat bawah. Musim pertama Maurizio Sarri sebagai manager Chelsea.

Harry Kane VS Eden Hazard

Harry Kane dan Eden Hazard masing-masing tengah dalam mood untuk mengumpul jumlah jaringan terbanyak dalam Premier League musim 2017/2018.

Sumber : premierleague.com

Pada perlawanan UEFA Nations League hari tu, Harry Kane berjaya menjaringkan satu gol menentang pasukan Croatia. Eden Hazard pula tak score satu gol pun masa beraksi bersama Belgium dan dibelasah teruk oleh Switzerland dengan jaringan 5-2.

Jadi, antara dua pemain terbaik Spurs dan Chelsea ni, yang mana satu akan menyerlah pada perlawanan hujung minggu ni? Siapa pula yang korang letak sebagai captain Fantasy Premier League korang? Sama-sama kita saksikan perlawanan boek ni okeh!

KATALAKI: Cer korang try sebut Tottenham cane bunyinya.

Last modified: 24 November 2018