Bila Old Gods Bergaduh Dengan New Gods!

Sembang

Tahun 2017 yang lepas, ada satu siri tv yang aku layan dan siri tv ini menarik sebab dia lain daripada siri tv lain. Korang bayangkan bila dewa-dewi dari pelbagai zaman dahulu hidup dikalangan manusia biasa tanpa orang tahu siapa dorang sebenarnya.

Dan sebahagian daripada dorang pula jadi semakin lemah bila manusia-manusia sekarang tidak lagi puja dorang dan muncul pula dewa-dewi baru yang tanpa sedar dipuja oleh manusia sekarang. Siri tv yang aku nak share ini nama dia adalah American Gods.

American Gods merupakan siri tv yang di inspirasi daripada novel yang ditulis oleh Neil Gaiman dengan tajuk yang sama. Ia berkisahkan tentang Shadow Moon yang dilakonkan oleh Ricky Whittle yang berjumpa dengan seorang lelaki misteri bernama Mr. Wednesday yang dilakonkan oleh Ian McShane selepas keluar daripada penjara.

Shadow yang baru kematian isterinya, telah diupah oleh Mr. Wednesday untuk berkerja dengan dia sebagai bodyguard-nya. Lama-lama selepas follow Mr. Wednesday, dia mula perasan benda pelik mula berlaku dan daripada situ baru dia tahu yang Mr. Wednesday bukanlah manusia biasa tapi merupakan seorang dewa yang dipanggil sebagai Odin.

Mr. Wednesday memberitahu kepada Shadow yang dia dalam misi untuk mengumpul dewa dan dewi dari zaman dahulu bagi menentang dewa-dewi moden yang bernama Technology dan Media. Mereka berdua diketuai oleh seorang dewa baru yang lebih kuat yang cuma dikenali sebagai Mr. World yang dilakonkan oleh Crispin Glover. Season 2 American Gods akan mula ditayangkan pada 11 March 2019 di Starz Cable Network, so sebelum season baru nak start, aku nak kenalkan korang dengan watak-watak yang ada dalam American Gods ini.

SHADOW MOON DAN LAURA MOON

Sebelum Shadow Moon berkahwin dengan Laura, dia merupakan seorang penjenayah kecil yang selalu menipu bila berjudi di Casino. Satu hari dia telah berjumpa dan Laura McCabe yang merupakan seorang pekerja di casino yang Shadow selalu pergi.

Setelah lama berkenalan, akhirnya Shadow telah berkahwin dengan Laura dan demi untuk mencari duit lebih, Laura telah memberitahu Shadow cara-cara untuk merompak casino tempat Laura bekerja. Namun plan dorang tidak berjalan lancar dan Shadow telah ditangkap namun demi menjaga Laura, Shadow memberitahu polis yang Laura tidak ada kena mengena dengan rompakan yang dia buat.

Shadow dikenakan hukuman penjara selama 3 tahun namun dia dilepaskan awal kerana Laura telah mati dalam kemalangan jalan raya, selepas dilepaskan Shadow telah berjumpa seorang lelaki misteri yang bernama Mr. Wednesday dan dia meminta Shadow untuk bekerja dengan dia sebagai bodyguard dan membantu dia dalam mengumpul geng-geng Old Gods.

MR WEDNESDAY

Mr Wednesday merupakan seorang yang misteri dan penuh tipu daya. Dia yang dilakonkan oleh Ian McShane sebenarnya merupakan dewa Odin yang sedang dalam misi untuk mengumpul dewa dan dewi lama demi berkuasa kembali dan melawan dewa-dewi baru.

Dia telah mengambil Shadow untuk bekerja dengannya sebagai bodyguard namun pada season pertama, kita masih tidak tahu kenapa dia ambik Shadow bekerja dengan dia walhal Shadow cuma manusia biasa tanpa sebarang superpower.

BILQUIS

Yetide Badaki telah membawa watak Bilquis ataupun dikenali sebagai Queen of Sheba dengan jayanya. Queen of Sheba merupakan seorang permaisuri yang pada zaman dahulu menjaga kota Ma’rib di Yemen.

Biquis merupakan separuh manusia separuh jin yang mempunyai rupa paras yang cantik dan dia menggunakan rupa parasnya untuk menggoda manusia. Bila dia dapat goda manusia, dia akan makan manusia-manusia tadi bagi menguatkan lagi kuasanya.

MAD SWEENEY

Mad Sweeney merupakan seorang Leprechaun, satu mitos bangsa Irish yang dikatakan mempunyai badan yang sangat pendek dan mempunyai wang syiling emas yang sangat banyak. Namun didalam American Gods dia mempunyai ciri yang berbeza.

Pablo Schreiber merupakan orang yang melakonkan watak Mad Sweeney. Dalam siri ini, Mad Sweeney pada zaman dahulu merupakan seorang raja Irish yang telah disumpah oleh St.Ronan. Mad Sweeney mempunyai kekuatan yang luar biasa dan salah satu syiling emasnya mempunyai kuasa untuk menghidupkan orang telah mati dan ianya telah digunakan ke atas isteri Shadow iaitu Laura Moon.

CZERNOBOG

Salah satu dewa kegelapan yang dipuja oleh rakyat Slavic. Dia yang dilakonkan oleh Peter Stormare dikatakan merupakan watak penting didalam American Gods dan Mr. Wednesday sanggup buat apa saja demi memastikan Czernobog bersama-sama dengan dia melawan New Gods.

Czernobog juga bermaksud Black God dan merupakan entity yang berbeza dengan Belobog yang juga digelar sebagai White God. Czernobog dikatakan membawa malang dan malapetaka kemana sahaja dia pergi.

MR NANCY

Mr Nancy merupakan dewa yang penuh tipu daya yang dikenali sebagai Anansi. Anansi berasal daripada kisah rakyat Ashanti yang mana sekarang dikenali sebagai Ghana, Africa. Anansi boleh menyerupai manusia dan juga seekor labah-labah.

Dia juga dikenali sebagai dewa penceritaan yang mana dia tahu semua benda dan cerita-cerita dahulukala. Dia telah mencuri semua cerita-cerita ini daripada Sky Gods dan membuatkan semua manusia di bumi pada zaman dahulu percaya dengan cerita-cerita dia.

MR JACQUEL

Mr. Jacquel atau lebih dikenali sebagai Anubis merupakan salah satu dewa orang Egypt pada zaman dahulu kala. Dia yang juga merupakan dewa kematian dan afterlife bertanggungjawab untuk memastikan manusia yang telah mati dimasukan kedalam syurga atau neraka.

Dia akan menimbang hati orang yang telah mati dengan feather dan andaikata hati seseorang itu lebih berat daripada feather, roh manusia tersebut akan dimakan oleh Ammit kerana mereka tidak layak ke syurga. Mr. Jacquel dilakonkan oleh Chris Obi yang berkerja dirumah mayat bersama dengan satu lagi dewa lain.

MR IBIS

Mr. Ibis merupakan satu lagi dewa daripada masyarakat Egypt dahulu kala. Dia yang lebih dikenali sebagai dewa Thoth telah menjalankan perniagaan rumah mayat yang dipanggil Ibis and Jacquel Funeral Parlor bersama-sama dengan Mr. Jacquel.

Dewa Thoth mengikut fahaman orang Egypt dahulukala menyatakannya Thoth merupakan dewa penceritaan yang mana dia merupakan dewa yang bertanggungjawab menulis semua jalan cerita manusia di bumi dan juga para dewa.

EASTER

Nama sebenarnya adalah Ostara atau dikenali sebagai Ostara of the Dawn. Dia merupakan dewi masyarakat German pada zaman dahulu kala dan di sambut dan dipuja dalam perayaan Easter.

Pada abad ke 8, Ostara dipuja bagi celebrate musim bunga namun orang zaman sekarang menyambut Easter kerana merayakan kebangkitan Jesus. Easter mempunyai kuasa untuk mengawal musim dan menghidupkan kembali orang yang telah mati.

MR WORLD

Mr World merupakan ketua bagi geng-geng New Gods. Dia yang dilakonkan oleh Crispin Glover dan merupakan God of Globalization. Dia sentiasa memerhati geng-geng Old Gods dan juga cuba recruit Shadow Moon untuk join team dia.

Dia mempunyai beberapa dewa baru yang bekerja dibawah dia. Ini termasuk Technical Boy dan juga Media. Dia menganggap tindakan Mr. Wednesday untuk mengumpul dewa-dewa lama adalah untuk melancarkan peperangan kepada kumpulan New Gods.

TECHNICAL BOY

Technical Boy merupakan God of Technology yang dilakonkan oleh Bruce Langley. Dia mendapat kuasa daripada sikap obsess manusia kepada technology dan internet. Dia merupakan orang yang paling muda dikalangan New Gods

Technical dilihat sebagai seorang remaja yang mempunyai sikap cepat marah dan dia mampu untuk menyeru Digital Bodyguard, satu entity seperti manusia yang tidak mempunyai muka untuk berlawan bagi pihak dia.

MEDIA

Media merupakan dewi hiburan, media dan celebrity. Media mempunyai kuasa untuk munculkan dirinya dalam mana-mana screen tv dan mampu merubah apa saja cerita didalam television mengikut jalan ceritanya sendiri.

Media dilakonkan oleh Gillian Anderson, seorang pelakon yang terkenal dalam siri tv The XFiles. Bila Media muncul didalam tv, dia mampu merubah rupa paras dia seperti artis-artis terkenal. Dia merupakan orang yang dipertanggungjawabkan oleh Mr. World untuk memujuk Shadow join team New Gods.

Cerita American Gods ini memang agak kontroversi sedikit. Tapi aku suka jalan cerita dan dia punya video cinematic. Kalau korang nak layan season 1, nasihat aku korang kena paham cerita ini cuma cerita fiksyen sahaja.

KATALAKI: Tak sabar nak tunggu season 2 dia. Nak tengok macam mana Old Gods dan New Gods ni bergaduh!

Last modified: 16 February 2019