Billboard Kreatif Yang Buat Orang Lapar

Sembang

Kalau korang tengah memandu kereta kat atas jalan raya atau pun korang tengah duduk melanguk je kat tempat duduk penumpang, mesti korang ada perasan betapa meriahnya papan iklan atau billboard kat Malaysia ni.

Image Via : tarfm.com

Kalau balik kampung atau guna lebuhraya kat Malaysia untuk ke negeri-negeri di utara, timur atau pun selatan, kadang-kadang boleh confused nak tengok jalan raya ke nak tengok papan iklan. Mungkin ramai rakyat Malaysia yang mudah tergoda dengan papan iklan.

Tapi ada satu papan iklan ni, kalau korang perasan, ada terpampang kat setiap kawasan perumahan. Yang paling best, iklan tu ditunjukkan secara kreatif mengikut kawasan tertentu dan yang paling penting, menyelerakan.

Image Via : foodie.my

Ada pengguna Twitter yang dah mula perasan papan iklan ni dan minta orang lain tunjukkan dan kongsikan juga  macam mana rupa papan iklan ni mengikut kawasan masing-masing. Mari kita tengok hasilnya.

Penang

Kedah

Kelantan

Sabah

Selangor

Pahang

Negeri Sembilan

KATALAKI: Ada macam-macam jenis lagi rasanya papan iklan dari Mcd ni.  Lapar lapar.

Last modified: 27 May 2019