Binatang Paling Rare Orang Jadikan Sebagai Pet!

Sembang

Bila orang lain bela haiwan peliharaan macam kucing ataupun anjing, mesti ada sesetengah orang yang tak nak sama macam orang lain. Dia tak mainlah nak bela binatang-binatang mainstream so sebab itu dorang akan bela haiwan yang orang lain tak berani nak bela.

Mengikut kajian daripada American Veterinary Medical Association, setiap satu daripada 10 rumah dekat America, mesti ada satu rumah yang bela binatang peliharaan yang lain daripada yang lain. Korang nak tahu binatang apa yang dorang bela? Baca dekat bawah ni bro!

ASIAN WATER MONITOR

via GIPHY

Asian Water Monitor atau dekat Malaysia kita panggil biawak pun ada orang jadikan sebagai haiwan peliharaan bro! Haiwan yang diberi nama Rex The Fat Bud ini merupakan antara biawak yang paling besar selepas Biawak Komodo.

Owner dia sekarang dapat biawak ini apabila former owner dia terpaksa pergi berkhidmat sebagai askar diluar negara. Rex sekarang mempunyai berat sebanyak 22 kilogram dan makanan yang biasa diberikan kepada Rex adalah tikus dan juga ikan. Comel je owner dia pakaikan baju dekat biawak ini hahaha!

BROWN BEAR

via GIPHY

Aku selalu tengok gambar-gambar yang cakap dekat Russia, orang dia jadikan beruang sebagai haiwan peliharan. Mula-mula aku pun tak percaya tapi lepas baca satu kisah yang berlaku dekat satu perkampungan berdekatan dengan Moscow ini memang terus aku percaya bro!

Beruang yang diberi nama Stephan ini telah dibela dan dilatih oleh Yuri dan Svetlana. Stephan pada mulanya merupakan seekor haiwan yang telah disimpan disalah satu Zoo di Russia. Namun disebabkan ia tidak dijaga dengan betul, Yuri dan Svetlana mengambil keputusan untuk menyelamatkan beruang tersebut.

BISON

via GIPHY

Kalau orang bela lembu or kerbau dekat kandang memang dah biasa aku tengok. Family aku sendiri ada beberapa ekor lembu dan kerbau dekat kampung. Tapi korang pernah tengok tak orang bela Bison dan Bison itu pula tinggal sebumbung dengan dorang?

Bison yang diberi nama Bullet ini memang besar badan dia bro! Owner dia cakap, pada mulanya dia sendiri takut dengan Bison ini. Yang membuatkan dia menjadi lagi takut adalah apabila Bison ini telah pecah masuk ke dalam rumah dia. Tapi sejak dari itu, Bison ini kerap datang kerumah dia dan lama-lama dorang start jaga Bison ini seperti haiwan peliharaan lain. Tempat yang paling suka dia melepak adalah dekat bilik tidur owner dia. Hancurlah katil owner dia!

SPECTACLED CAIMAN

via GIPHY

Ok korang dah tengok orang bela biawak, beruang dan bison tapi korang pernah tengok orang bela buaya tak? Buaya jenis Spectacled Caiman ini telah dibela oleh Nobumitsu Murabayashi yang menetap di Hiroshima, Japan. Dengan keizinan pihak berkuasa, Nobumitsu dibenarkan untuk membawa buaya ini berjalan-jalan seperti haiwan peliharaan yang lain.

Buaya ini telah tinggal bersama-sama dengan Nobumitsu sejak dari tahun 1982 lagi. Nobumitsu yang kini berusia 65 tahun mengatakan yang usia buaya jenis Spectacled Caiman ini boleh mencecah sehingga 70 puluh tahun. Korang tengoklah, relax saja dia bawa buaya ini berjalan-jalan dekat pekan macam bawa anjing hahaha!

KATALAKI: Korang rasa apa lagi binatang yang pelik-pelik orang jadikan sebagai binatang peliharaan?

Last modified: 30 April 2019