Bintang² Filem Yang Memulakan Kerjaya Di WWE

Sembang, ZAP, ZeKool

Baca tajuk je mesti korang dah terbayang wajah ‘The Rock’ sebagai bintang filem Hollywood yang terkenal. The Rock, atau nama sebenarnya Dwayne Douglas Johnson, boleh dikira sebagai bintang filem hollywood yang berjaya yang memulakan kariernya di World Wrestling Entertainment (WWE). Selain The Rock, superstar WWE lain yang menjadi bintang filem terkenal adalah Stone Cold (Steve Austin) dan juga John Cena. Diorang ni kira antara yang menjadi perhatian lah di Hollywood. Mungkin boleh skip tiga nama ni daripada list dekat bawah sebab dah sedia tahu. Tapi ada juga rakan-rakannya yang lain turut menjadi bintang filem juga. Jadi jom kita kenali siapakah bintang-bintang filem yang sebenarnya seorang superstar WWE. 

KEVIN NASH

Kevin Nash, atau lebih dikenali sebagai ‘Big Sexy’ di dalam gelanggang gusti profesional sebenarnya seorang superstar terkenal dalam WWE dan pernah dimasukkan ke WWE Hall of Fame pada tahun 2015. Kevin Nash juga pernah menjadi juara dalam setiap liga gusti profesional utama yang ada, tapi dalam masa yang sama juga dia memasuki dunia perfileman. Antara filem-filem popular yang dibintanginya adalah seperti The Punisher, The Longest Yard, John Wick dan siri Magic Mike. 

KANE

Kane, atau nama sebenarnya Glenn Jacobs telah melalui banyak perselisihan dalam dunia gusti selama 20 tahun kebelakangan ini. Kane juga merupakan antara wrestler yang terkenal juga di dalam WWE. Sering dilihat berlawan bersama-sama dengan The Undertaker. Mungkin dia dikenali dalam WWE sebab Kane memakai topeng muka sebagai salah satu karakter wrestler. Walaupun masih di dalam WWE dengan jadual yang sibuk, Kane sempat meluangkan masa untuk berlakon di dalam filem serang berjudul See No Evil, di mana dia memegang watak seorang psychopath yang bernama Jacob Goodnight. Kane melakonkan semula watak yang sama dalam sekuel See No Evil pada tahun 2014. 

JESSE VENTURA

Perjalanan hidup Jesse Ventura boleh dikatakan tidak sama dengan rakan-rakannya di dalam WWE. Dia merupakan bekas tentera, pernah menjadi juara bagi pasukan tag, serta pernah berkhidmat sebagai Gabenor Minnesota dari tahun 1999 sehingga 2003. Sangat warna warni kehidupannya. Selain itu, dia juga tidak melepaskan peluang untuk menjadi bintang filem. Jesse Ventura yang kini berusia 68 tahun pernah membintangi filem Predator (1987) yang juga dilakonkan bersama Arnold Schwarzenegger. Selain itu, dia juga pernah muncul dalam filem The Running Man (1987) serta Batman & Robin (1997). 

TRIPLE H

Dikenali sebagai ‘Hunter Hearst Helmsley’ semasa awal perjalanannya dalam WWE (Sekarang dah tahu mana datang tiga ‘H’ tu). Kini Triple H memainkan peranan penting dalam menguruskan operasi WWE, di samping masih berjaya mengekalkan bentuk fizikal yang mantap di usia 50 tahun. Walaupun sekarang Triple H dilihat lebih banyak menghabiskan masa dibelakang tabir, sebelum ini dia merupakan antara superstar WWE yang banyak membuat penampilan dalam gelanggang acara besar. Tetapi beberapa tahun lepas Triple H sempat menjadi bintang filem Hollywood juga dan muncul dalam beberapa filem seperti The Chaperone (2011), Blade: Trinity (2004) dan juga Inside Out (2011).

BATISTA

Dave Bautista, atau lebih terkenal dengan panggilan Batista antara bintang WWE yang pernah mengalahkan superstar WWE yang lain seperti The Undertaker, Triple H dan juga John Cena. Sebagai bintang filem pula, Batista cukup dikenali sebagai watak Drax the Destroyer dalam filem Guardians of the Galaxy. Watak yang dipegangnya itu juga agak ikonik memandangkan banyak meme yang terlahir daripada watak Drax the Destroyer itu. 

HULK HOGAN

Hulk Hogan bukan calang-calang orang dalam gelanggang WWE. Dia pernah menjadi juara WWE dan WCW sebanyak 12 kali dan masih lagi bergusti semasa usianya lebih 50 tahun. Dah berumur pun masih bertenaga lagi. Tetapi di awal kariernya sebagai ahli gusti, Hulk Hogan turut menjadi bintang filem dan muncul di dalam filem Rocky III (1982) sebagai Thunderlips. 

KATALAKI: The Rock kaya gila kot sekarang hasil jadi bintang filem Hollywood…

Last modified: 6 July 2020