Bintang² WWE Yang Tiru Watak Filem Hollywood

Aktif, Sembang

Dunia wrestling ni real atau tidak? Ada yang berpendapat semuanya yang kita lihat hanyalah rekaan semata-mata dan ada juga golongan yang merasa apa yang dilakukan adalah benar sama sekali namun apa-apa pun kesemua ini terpulang kepada mereka untuk menerima perkara tersebut dan ambil mana yang positif.

Tidak di nafikan jugak dah nama pun World Wrestling Entertaintment atau WWE jadinya memang rancangan atau acara tersebut dianjurkan untuk menghiburkan para peminat dan penyokong.

Antara perkara yang tidak boleh dielakkan juga didalam arena WWE ini juga tentunya jalan cerita serta angles yang diterapkan dalam setiap watak-watak atau personaliti yang wujud didalam gelangang WWE. Boleh dikatakan WWE ini juga tidak lari daripada mengangkat jalan cerita atau angle berdasarkan watak mahupun filem Hollywood.

Ini adalah sesuatu yang sering dilakukan kalau kita lihat pada pro wrestler yang terdahulu dalam arena WWE, kebanyakkan mereka akan menerapkan watak-watak yang di inspirasikan daripada filem-filem popular. Fenomena dunia WWE ini sungguh besar sehinggakan ianya berjaya menjadi pengaruh yang kuat dari segi mempromosikan filem-filem yang dikeluarkan pada ketika itu. Sebagai contoh, kalini kita nak usha personaliti WWE yang di inspirasikan daripada filem Hollywood.

PAUL BURCHILL – JACK SPARROW

Pada tahun 2003, syarikat media gergasi Disney telah mengeluarkan sebuah filem lanun yang berlanjutan sehingga menjadi antara francais filem terbesar iaitu Pirates of The Carribean.

Dengan cubaan untuk mengambil populariti daripada watak Jack Sparrow yang dimainkan oleh Johnny Depp dalam francais filem tersebut, pihak WWE telah mengenakan baju lanun buat pro wrestler yang dikenali sebagai Paul Burchill dalam sebuah acara siri Smackdown. WWE siap mengumumkan perkara tersebut sebagai penampilan Paul Burchill, memang bila Paul Burchill masuk je gelanggang Smackdown tu, nampak sebijik gila macam Jack Sparrow.

Menurut beberapa laporan, Vince Mcmahon tidak langsung tentang kewujudan mahupun populariti watak Jack Sparrow ataupun filem Pirates of The Carribean. Namun memang jelas watak yang disampaikan oleh Paul Burchill tersebut memang seakan-akan mimik Jack Sparrow. Tetapi apakan daya, nama Paul Burchill tidak bertahan lama dalam gelanggang dan watak yang cuba disampaikannya hanya bertahan untuk beberapa bulan sahaja.

STING – THE CROW

Kalau sekali pandang, dah boleh agak dan tahu dah dari mana Sting dapat inspirasi penampilan beliau. Buat yang tidak tahu, pakaian dan juga make-up yang dikenakan oleh Sting ini merupakan inspirasi atau reference daripada filem anti-hero popular lewat tahun 90an The Crow. Filem The Crow juga mempunyai pengaruh yang kuat pada tahun itu, kalau korang nak baca, boleh klik KAT SINI.

Menurut sejarah kewujudan Sting dalam arena WWF/WWE, ahli WWE Scott Hall yang mencadangkan kepada Sting untuk mengenakan gaya dan rupa seperti watak Eric Draven dalam filem The Crow. Dan cadangan tersebut memang berjaya meletakkan Sting sebagai salah seorang wrestler yang diperhatikan ramai dalam gelanggang WWE.

SCOTT HALL – SCARFACE

Apabila Scott Hall bersetuju untuk menjadi salah seorang bintang WWE, Vince McMahon dilaporkan ingin melakukan sebuah gimik yang mengunakan sejarah tentang keluarga tentera Scott Hall, namun Scott Hall tidak bersetuju dengan gimik tersebut dan bercadang untuk mengunakan isu ataupun gimik yang lain daripada yang lain.

Maka apabila Scott Hall membuat kemunculan sulung beliau dalam gelanggan WWE, Scott Hall berjaya meniru bulat-bulat watak utama filem Scarface dan Vince McMahon suka dengan penampilan yang dipersembahkan. Gimik yang disampaikan dengan gaya yang meniru aksi sehingga mengelarkan diri beliau sebagai “The Bad Guy” amat sama sekali dengan filem Scarface yang popular pada tahun 1983. Patut la Scott Hall cadangkan dekat Sting ambik watak The Crow, sebab dia pun ambik gaya dia daripada filem juga LOL.

BRAY WYATT – PSYCHO

Seorang lagi bintang WWE yang dikenali sebagai Bray Wyatt telah menampilkan diri beliau menjadi tular sehinggakan pihak WWE terpaksa mengeluarkannya daripada match yang dianjurkan.

Pada awalnya pihak WWE ingin menampi watak Sister Abigail dalam perlawanan Smackdown menentang Finn Balor pada tahun 2017. Namun apabila Bray Wyatt muncul dalam sebuah video, beliau telah mengatakan Bray Wyatt juga adalah Sister Abigail, seperti mana sama macam watak Norman Bates yang memegang watak sebagai ibunya sendiri dalam filem Psycho tahun 1960 arahan Alfred Hitchcock. Dalam video promo yang dirakam oleh Bray Wyatt tersebut, beliau juga turut mengeluarkan dialog yang sama dalam filem Psycho tu.

KATALAKI: Aaaaaa ingatkan kebetulan rupanya memang betul lak diorang macam watak filem-filem tu…

Last modified: 21 August 2020