Birthday Sama, Kehebatan Atas Padang Pun Sama

Aktif, Bola

Pada 5 Februari 2020, pemain bola sepak paling popular di dunia, Cristiano Ronaldo secara rasmi berusia 35 tahun dan masih lagi aktif bermain bola sepak secara profesional di tahap tertinggi. Ini bermakna, Cristiano Ronaldo dan Valentino Rossi merupakan dua ahli sukan paling degil di dunia, masih lagi gigih memburu kejayaan dalam bidang  sukan masing-masing walaupun umur dah memanggil untuk lepak je kat rumah. Valentino Rossi berumur 41 tahun pada 16 Februari 2020.

 

View this post on Instagram

 

It’s time to celebrate my birthday 🥳🥳Thanks my love for this amazing surprise👩‍❤️‍👨

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on

Selain daripada Cristiano Ronaldo, ramai gak pemain bola sepak ternama yang lain berkongsi tarikh hari jadi yang sama dengan Cristiano Ronaldo iaitu pada 5 Februari. Sama ada suratan atau kebetulan, ini pemain-pemain yang berkongsi tarikh hari jadi yang sama dengan CR7.

NEYMAR

 

View this post on Instagram

 

Fui feliz, atura ou surta 🤪😂❤️ 28

A post shared by ene10ta Érre 🇧🇷 👻 neymarjr (@neymarjr) on

Bila dah nak dekat hari jadi, ada je kecederaan yang dialami oleh Neymar sehingga diketepikan daripada beraksi dalam beberapa perlawanan bola sepak. Tu lah kehampaan yang selalu diluahkan oleh pemerhati, pengkritik dan peminat bola sepak mengenai Neymar. Kalau nak berparti nampak sihat je.

Dah berumur 28 tahun, Neymar dah berjaya menang 20 piala bersama Santos FC, Barcelona, Paris Saint-Germain dan Brazil sejak mula beraksi sebagai pemain bola sepak profesional di peringkat senior pada tahun 2009. 20 piala tersebut termasuk piala UEFA Champions League bersama Barcelona pada tahun 2015.

CARLOS TEVEZ

 

View this post on Instagram

 

#pretemporada

A post shared by Carlos Tevez (@tevezoficial) on

Carlos Tevez pernah menggegarkan Premier League selepas dengan beraninya berpindah ke Manchester City daripada Manchester United pada tahun 2009. Carlos Tevez pernah menang 7 piala bersama Manchester United dan 3 piala bersama Manchester City.

Selain daripada Carlos Tevez, Peter Schmeichel, Owen Hargreaves dan Andy Cole juga pernah beraksi untuk Manchester City dan Manchester United. Carlos Tevez dah pun berumur 36 tahun, tua lebih setahun daripada Cristiano Ronaldo, kini beraksi bersama Boca Juniors di Argentina.

PATRICK ROBERTS

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Patrick Roberts (@patrick_roberts) on

Mungkin ada antara korang yang tak berapa kenal siapa Patrick Roberts, tapi Patrick Roberts merupakan salah seorang pemain muda Manchester City yang dijangka akan menjadi pemain ternama di Premier League suatu hari nanti. Buat masa ni, Patrick Roberts dipinjamkan ke beberapa pasukan lain sejak tahun 2016 untuk memantapkan lagi pengalaman beraksi di dalam padang. Berumur 23 tahun, Patrick Roberts sekarang ni bersama dengan pasukan Middlesbrough di England.

Selain daripada dorang ni, Giovanni van Bronckhorst, Adnan Januzaj dan Vedran Corluka pun berkongsi tarikh hari jadi yang sama dengan Cristiano Ronaldo.

KATALAKI: Kalau korang pun sama birthday dengan Cristiano Ronaldo, happy birthday gak untuk korang!

Last modified: 7 February 2020