Black Adam – Musuh Ketat Shazam!

Sembang

Korang dah tengok SHAZAM! belum? Amacam best ke tidak? Bagi aku, SHAZAM! merupakan antara movie superhero terbaik daripada DC setakat ini selain daripada trilogy The Dark Knight yang diarahkan oleh Christopher Nolan dan juga Aquaman yang keluar baru-baru ini.

via GIPHY

Kalau nak dibandingkan dengan origin movie macam Man of Steel dan Wonder Women, Aku boleh katakan yang SHAZAM! lebih bagus daripada dua movie ini daripada segi penceritaan. Walaupun SHAZAM! lebih banyak lawak daripada action tapi cara dorang inspirasikan movie ini daripada storyline dia from the comic sememangnya mendapat pujian daripada peminat-peminat DCEU.

Baru-baru ini, pelakon dan wrestler terkenal, DwayneThe RockJohnson ada up satu post dekat Instagram dia dimana dia mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat yang menyokong movie SHAZAM! Mesti korang pelik kenapa tiba-tiba The Rock pula yang ucap terima kasih dekat peminat SHAZAM! kan?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by therock (@therock) on

Well untuk pengetahuan korang, DwayneThe RockJohnson sepatutnya ada dalam movie SHAZAM! yang baru keluar ini dan dia yang sepatutnya menjadi villain dalam movie ini. Dan watak yang dia sepatutnya bawa dalam movie ini adalah sebagai Black Adam!

Namun setelah berbincang dengan producer dan pengarah movie SHAZAM!, mereka mengambil keputusan untuk tidak memasukan watak Black Adam terlebih dahulu dalam movie SHAZAM! sebaliknya akan memberikan solo movie untuk Black Adam sendiri yang mana dikatakan akan memulakan pengambaran pada tahun hadapan.

via GIPHY

Tapi siapa sebenarnya Black Adam ini? Kenapa dia sebenarnya watak penting dalam storyline Shazam? Well hari ini aku nak share dengan korang serba sedikit origin Black Adam dan kenapa dia boleh dikatakan antara watak villain paling kuat dalam DCEU.

Black Adam merupakan watak villain dan kadang-kadang dia membawa watak antihero dalam komik DC. Watak Black Adam telah direka oleh Otto Binder dan C. C. Beck dan pertama sekali dia muncul adalah pada tahun 1945 untuk komik The Marvel Family yang dikeluarkan oleh Fawcett Comics.

via GIPHY

Bila Fawcett Comics dibeli oleh DC Comics, Black Adam mula muncul kembali pada tahun 1973. Watak dan kekuatan Black Adam ini sebenarnya tak berbeza sangat pun dengan Shazam. Kalau Shazam mempunyai superpower melalui nama SHAZAM iaitu Wisdom of Solomon, Strength of Hercules, Stamina of Atlas, Power of Zeus, Courage of Achilles dan Speed of Mercury, Black Adam pun macam itu juga!

Cuma berbeza daripada Shazam yang mengambil kekuatan daripada Greek god, Black Adam pula mengambil kekuatan daripada dewa-dewa Egyptian! Black Adam mempunyai Stamina of Shu, Speed of Haru, Strength of Amon, Wisdom of Zehuti, Power of Aton dan Courage of Mehen!

via GIPHY

Kalau korang tengok disebalik dewa-dewa yang dia pinjam superpower itu, akan terbentuk perkataan SHAZAM dan sama seperti Shazam, Black Adam juga perlu menyebut perkataan SHAZAM untuk mengeluarkan superpower dia.

Itu kita tengok daripada segi superpower tapi macam mana pula dengan storyline dia? Well sama seperti Billy Batson, Black Adam juga telah dipilih oleh Wizard untuk dijadikan Champion. Nama sebenar Black Adam adalah Teth-Adam yang membawa maksud Mighty Human. TethAdam ini hidup pada zaman ancient Egypt.

Dia telah dipilih oleh Wizard kerana dia mempunyai sifat moral yang tinggi namun lama-lama dia mula obsess dengan superpower yang dia ada. Dia telah membunuh pharaoh yang memerintah masa itu dan dia telah menobatkan diri dia sebagai raja Egypt.

via GIPHY

Melihat apa yang telah terjadi, Wizard cuba untuk mengambil kembali superpower yang dia telah berikan pada TethAdam namun tidak berjaya. Dia telah memberikan nama Black Adam kepada TethAdam dan mengambil keputusan untuk mencampak Black Adam ke dimensi lain tanpa boleh kembali ke bumi.

Selepas beratus-ratus tahun, Dr. Sivana yang menjadi villain dalam movie SHAZAM! baru-baru ini telah mencipta satu alat untuk mengembalikan Black Adam ke bumi. Dan kalau korang perasan dekat credit scene SHAZAM!, Dr. Sivana telah didatangi oleh satu makhluk seperti ulat bulu yang bernama Mr. Mind. Aku rasa Mr. Mind akan bantu keluarkan Dr. Sivana daripada penjara dan tolong dia mencipta satu alat untuk kembalikan Black Adam ke bumi kembali dalam movie SHAZAM! yang akan datang!

via GIPHY

Kalau korang perasan, masa dalam movie SHAZAM! pun, Black Adam telah ditunjukkan tapi tidak secara detail. Semasa Wizard menceritakan tentang kenapa dia mencari Champion untuk mewarisi superpower dia kepada Billy Batson, dia ada menyatakan yang dulunya dia pernah tersilap pilih Champion dan Champion tersebut telah membunuh adik beradik dia dan menyebabkan cuma dia seorang sahaja yang tinggal.

Bila dia cakap macam itu, terdapat satu bayang Champion yang sedang attack dia, adik beradik dia dan temple tempat dia bersembunyi. Kalau korang nak tahu, bayang-bayang tersebut sebenarnya adalah Black Adam!

via GIPHY

Ini membuatkan aku tak sabar nak tunggu solo movie Black Adam pula. Tak sabar nak tengok storyline macam mana yang dorang akan berikan kepada watak Black Adam dan macam mana dorang nak sambungkan story dia kepada movie SHAZAM! part 2 yang akan dikeluarkan nanti.

KATALAKI: Superman pun kalah wey lawan dengan Black Adam ni!

Last modified: 17 April 2019