Black Shark 2 – Gaming Smartphone 12GB RAM!

Gadget, Tech

Baru-baru ini, smartphone gaming Black Shark 2 telah pun dilancarkan di Malaysia. Ianya dikatakan menjadi pesaing terdekat untuk jenama gaming phone lain seperti Asus dan Razer. Kalau korang nak tahu, Black Shark 2 ini adalah gaming smartphone keluaran Xiaomi.

Black Shark 2 mempunyai screen sebesar 6.39 inci OLED display dengan in-display fingerprint sensor yang dibuat oleh Samsung. Xiaomi turut memantapkan lagi display pada Black Shark 2 ini dengan menaiktaraf color accurancy, mengurangkan screen flicker dan lowering touch latency kepada 43.5ms sahaja.

Untuk bahagian spec pula, Black Shark 2 dilengkapi dengan Qualcomm Snapdragon 855 processor dan didatangkan dengan dua versi iaitu versi 6GB, 8GB ataupun 12GB RAM dengan 128GB storage ataupun 256GB storage. Besar juga storage yang Xiaomi letak dekat Black Shark 2 ini.

Bagi memantapkan lagi pengalaman bermain permainan video pada Black Shark 2 ini, ia telah didatangkan dengan feature Magic Press yang mana membolehkan pengguna untuk customized control button bagi mengawal daya tekanan pada bahagian specific yang terdapat pada screen Black Shark 2. Ia turut didatangkan dengan frontfacing speaker bagi memantapkan lagi audio experience.

Black Shark 2 mempunyai battery sebesar 4,000mAh dan turut support 27W fast charging melalui USB-C. So korang memang tak perlu risaulah nak main game dekat Black Shark 2 ini and tak payah nak sentiasa cucuk charging cable or penat-penat bawa powerbank bro hahaha!

Tapi kalau main game lama-lama tak panas ke smartphone ini nanti? Korang tak perlu risau sebab Black Shark 2 ini mempunyai liquid cooling system yang telah dinaiktaraf berbanding gaming smartphone pertama dorang dulu. Lagi satu, gaming smartphone ini juga mempunyai case yang mempunyai cooling fan yang korang boleh pasang pada Black Shark 2 ini.

Oklah untuk gaming memang smartphone Black Shark 2 ini dah mantap tapi macam mana pula dengan camera dia? Black Shark 2 ini mempunyai dual camera setup pada bahagian belakang yang sebesar 48 megapixel untuk main camera dan 12 megapixel untuk second camera. Manakala untuk camera hadapan pula, Black Shark 2 mempunyai camera sebesar 20 megapixel.

Daripada segi harga pula, Black Shark 2 dengan versi 8GB RAM dan 128GB storage dijual pada harga RM2,499 manakala untuk versi 12GB RAM dan 256GB storage pula dijual pada harga RM2,999. Kalau korang berminat, korang dah mula usya dekat kedai-kedai rasmi Xiaomi. 

KATALAKI: Boleh tahan jugalah harga dengan spec Black Shark 2 ni!

Last modified: 8 April 2019