Boleh Dan Tidak Boleh Waktu Perintah Kawalan Pergerakan?

Sembang, ZAP, ZeKool

Sejak perintah kawalan pergerakan di isytiharkan oleh Perdana Menteri Malaysia, TAN Sri Muhyiddin Yassin. Rakyat Malaysia seharusnya patuhi undang-undang yang telah diberikan oleh Perdana Menteri. Sehubungan dengan itu, TAN Sri Muhyiddin Yassin menyeru rakyat Malaysia supaya tinggal saja di rumah dan tidak melakukan perjalanan ke negeri lain atau holiday mahupun balik kampung bagi kita sama-sama menjayakan Perintah Kawalan Pergerakan yang diputuskan kerajaan.

Perdana Menteri juga berkata pematuhan arahan ini bagi memastikan setiap rakyat di Malaysia dapat dihindari daripada pencetusan wabak Covid-19 yang semakin hari semakin berkembang, sekali gus kerajaan dengan bantuan ramai rakyat di Malaydia dapat membendung penularan wabak Covid-19 dan memutuskan rantaian jangkitan.

Tujuan langkah Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan oleh kerajaan adalah untuk orang ramai tinggal di rumah, bukan untuk membolehkan orang ramai balik ke kampung, memenuhi jemputan kenduri atau bersiar-siar mahupun bercuti di tempat peranginan.

Memetik laporan berita daripada Harian Metro, “Bukan. Tujuannya ialah supaya saudara-saudari duduk di rumah. Stay at home and protect yourself and your family (Tinggal di rumah dan selamatkan diri serta keluarga)” menurut Perdana Menteri Malaysia ke-8, TAN Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya ingin merayu kepada saudara-saudari. Tolonglah. Stay put where (tetap di mana anda berada). Yang ada di Kuala Lumpur, duduklah di Kuala Lumpur. Yang ada di Johor Bahru duduklah di Johor Bahru. Yang ada di Pulau Pinang, duduklah di Pulau Pinang.” – Perdana Menteri, TAN Sri Muhyiddin Yassin

Di sebabkan itu, kami Thelaki senaraikan perkara-perkara yang korang boleh dan tak boleh buat ketika perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan ini berlangsung daripada 18 March sehingga 31 March 2020. Sila ikut ya gais.

APA YANG BOLEH?

SOCIAL DISTANCE

Mungkin ramai yang masih lagi keliru dengan apa yang disarankan oleh kerajaan apabila kita sepatutnya mengamalkan tindakan social distance. Amalan social distance ini adalah perubahan dalam tingkah laku kita semua dalam memastikan kita dapat menghentikan penyebaran jangkitan wabak Covid-19.

Dengan kita mempraktikkan amalan Social Distance, ianya bertujuan untuk rakyat mengurangkan hubungan sosial di antara individu-individu yang sihat dengan yang berkemungkinan tidak sihat, social distancing dilaksanakan seperti di tempat kerja dan persekolahan. Dengan cara ini, ianya dapat mengurangkan outbreak yang lebih teruk oleh wabak ini.

Jadi jika korang berada di luar rumah atau di tempat orang awam. Tolonglah pastikan korang amalan social distance, pastikan jarak antara korang dan individu yang tidak dikenalikan adalah dalam jangka 2 meter. Selain itu, pastikan korang tidak menyentuh apa-apa permukaan yang kotor seperti tombol pintu, rail atau apa saja benda yang terbiar dengan tangan korang. Kalau tersentuh, pastikan korang cepat-cepat basuh dan bersihkan tangan. Please help us and everyone okay!

BELI BARANG DALAM KADAR SEGERA

Walaupun kita dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan, ianya bukan bermaksud kita tidak langsung boleh keluar rumah. Kita masih lagi dibenarkan untuk keluar rumah untuk membeli barang keperluan atau pun makanan. TETAPI! Pastikan kita lakukan dalam kadar masa yang segera, jangan berada terlalu lama di luar sebab risiko berkemungkinan untuk kita dijangkiti adalah tinggi sebab kita tak tahu dengan siapa kita mungkin akan terjumpa mahu bertembung dan individu tersebut mungkin juga adalah pembawa wabak Covid-19. Jadi pastikan korang tidak berada di luar kawasan terlalu lama.

BAWA HAND SANITIZER

Mencuci tangan dengan mengunakan Hand Sanitizers bukanlah cara yang 100% dapat membunuh kuman yang berkemungkinan ada di tangan korang. Cara yang terbaik adalah mencuci tangan dengan sabun, tetapi dengan adanya Hand Sanitizer ini, ianya adalah mudah untuk kita membawa kemana saja (jika kita perlu pergi keluar). Ianya mudah untuk diletakkan di dalam poket, dan jika perlu, gunakan Hand Saniziter jika korang tersentuh benda-benda yang kotor. Pastikan tangan korang dibersihkan dengan betul sebelum menyentuh apa-apa seperti muka, hidung, mata atau makanan!

BUNGKUS MAKANAN

Bila duduk rumah, confirm kita semua mudah rasa lapar. Betul tak? Nak nak kalau kita tak buat apa-apa langsung. Lagi la rasa nak makan je. Kalau korang nak pergi membeli makanan, masih lagi boleh. Tetapi pastikan korang tidak makan di restaurant atau tempat makan tersebut. Beli bungkus dan bawa balik., senang cerita makan kat rumah je lah. Kalau jenis yang malas sangat nak keluar beli makanan, guna je food delivery app macam Grabfood, FoodPanda atau Mcdelivery mudah senang dan selamat.

Lagi satu tips ringkas kami nak share, kalau membeli apa-apa bungkusan tu. Dah sampai rumah, pastikan korang asingkan makanan yang dibeli dan buang bungkusan tersebut. Jangan gunakan balik (untuk waktu macam ni), sebab kita tidak tahu bersih atau tidak plastik yang digunakan untuk bungkusan makanan kita tu.

APA YANG TIDAK BOLEH?

KELUAR RUMAH JOGGING

Susulan dengan perkembangan jangkitan wabak koronavirus yang semakin meningkat. Memang kita diberikan banyak waktu dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan ini, tetapi jangan pula kita gunakan waktu ini untuk keluar bersiar-siar dan lakukan aktiviti petang-petang seperti jogging, running atau berjalan di tempat awam seperti taman dan sebagainya.

Kalau jogging sorang-sorang boleh ke? Jawapan dia masih lagi tidak boleh. Walaupun korang jogging berseorangan, tetapi korang juga exposed dengan risiko untuk berjumpa dengan orang yang tidak dikenali. Kalau perlu pergi untuk lakukan aktiviti senaman, lakukan saja di rumah. Kebanyakkan taman-taman awam juga telah diarahkan untuk tutup supaya kerajaan dapat mengawal keselamatan semua.

LEPAK DENGAN KAWAN DEKAT LUAR

Kalau nak lepak dengan member boleh ke? Walaupun kita hanya berdua? Boleh tapi jaga social distance dan pastikan bukan di kawasan luar. Jangan pula korang pergi lepak minum dekat mamak atau restaurant yang ada. Tolonglah bantu kami semua untuk memastikan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini berjaya membendung penularan wabak koronavirus ini ya gais.

BALIK KAMPUNG

Aktiviti ini sama sekali tidak boleh. Sebab apa tak boleh? Okay, bagaimana korang tahu korang tidak ada dan terselamat daripada jangkitan wabak koronavirus ini? What if korang ada wabak ini dan bila korang balik kampung, korang secara tidak langsung menyebarkan pula wabak ini kepada orang tua yang berada di kampung. Tidak ke akan menyusahkan orang yang tersayang dan pihak kesihatan yang cuba mengunakan Perintah Kawalan Pergerakan dengan sebaik yang mungkin.

Ini adalah waktu untuk kita mengawal aktiviti dan keselamatan. Bukan untuk kita gunakan waktu yang ada ini untuk balik ke kampung. Ingat orang yang tersayang di kampung, pasti mereka juga selamat dan tidak dijangkiti oleh wabak yang membawa maut ini.

KATALAKI: Sama-sama lah kita semua gunakan masa yang ada ini untuk experience kerja dari rumah pula okay!

Last modified: 19 March 2020