Boleh Jadi Pemain Bola Sepak Kat YouTube?

Aktif, Bola, Kool Site

Siapa kata kita tak boleh jadi pemain bola kat YouTube? Zaman sekarang semakin canggih. Melalui YouTube pun kita boleh rasa pengalaman menjadi seorang pemain bola sepak profesional. Kalau korang tak percaya gak, boleh tuju terus ke YouTube B/R Football untuk cuba permainan interaktif terbaru, “Your Call” yang membolehkan korang jadi pemain bola kat YouTube. Serius.

Sebelum ni kami dah pernah kongsikan mengenai video interaktif yang dihasilkan oleh Youtuber terkenal, Markiplier. Tapi kali ni ada yang lebih menarik untuk peminat bola sepak yang dah bosan tak tahu nak tengok apa kat YouTube, boleh cuba permainan interaktif “Your Call”.

Kami sendiri dah cuba permainan interaktif ni. Layan gak sebenarnya. Korang boleh tentukan hala tuju korang sebagai pemain bola sepak profesional antaranya boleh pilih team mana yang korang nak join, kontrak jenis macam mana yang korang nak dan masa berlatih pun korang boleh pilih macam mana cara latihan korang. Tapi macam biasa la kalau permainan interaktif yang gunakan YouTube, bahagian hujung setiap video baru kita diminta untuk buat pilihan sebelum kita dibawa untuk menonton video yang seterusnya dan buat pilihan yang seterusnya.

Ada ramai gak pemain bola sepak ternama yang buat kemunculan istimewa dalam permainan interaktif “Your Call”. Sepanjang permainan ni nanti, korang akan berjumpa dengan Jadon Sancho, Mason Mount, Serge Gnabry dan Kingsley Coman. Secara keseluruhan, ada 30 video yang perlu kita tengok dalam masa 8 sehingga 10 minit untuk seorang individu habiskan permainan interaktif, “Your Call”.

Bagus gak sebenarnya ada permainan interaktif macam ni kat YouTube. Takde la asyik tengok video muzik, interview dan trailer je kat YouTube. Mungkin lepas ni YouTube channel yang lain boleh buat macam yang B/R Football buat. Tapi jangan gunakan konsep yang sama iaitu pasal bola. Buat pasal jadi penyanyi ke, pelakon ke, atau ambik konsep macam permainan video Grand Theft Auto. Layan gak tu.

Kalau korang memang dah biasa dengan YouTube B/R Football, ada gak rancangan lain selain permainan interaktif, “Your Call” yang ada kat B/R Football. Salah satunya adalah siri animasi The Champions. Serius memang boleh layan animasi ni. Kerja nak membahan pemain bola sepak dan pengurus ternama je. Pemain atau pengurus mana yang ada buat hal di dunia realiti, memang standby je la kena bahan dalam The Champions. Yang terbaru ni dah masuk musim ke-3. Korang dah tengok belum?

KATALAKI: Bestnya jadi penonton di zaman smartphone. Macam-macam benda baru boleh tengok dan cuba kat internet.

Last modified: 3 December 2019