Boleh Ke Bersihkan Smartphone Pakai Hand Sanitizer?

Sembang, ZAP, ZeKool

Di laman web rasmi World Health Organization, terdapat beberapa cara bagaimana korang membasuh dan membersihkan tangan untuk melindungi diri korang dan mencegah penyebaran selesema, batuk, demam, dan juga yang semakin tular buat masa ini adalah penyebaran virus COVID-19.

Untuk waktu jangka masa yang panjang dan menjaga kesihatan, kita semua disarankan untuk memastikan kita sentiasa membasuh tangan kita, memastikan kita sentiasa membawa hand sanitizer atau apa-apa saja yang boleh membersihkan tangan kita supaya kita dapat melindungi diri daripada terkena apa saja jenis jangkitan.

Setiap aktiviti yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kebanyakkannya melibatkan tangan kita. Tangan kita adalah anggota yang paling mudah untuk terdedah dengan apa saja jenis kuman, bakteria dan virus yang sedikit sebanyak berkemungkinan besar boleh menjejaskan kesihatan kita semua.

Mungkin cukup mudah apabila ada yang menasihati agar tidak memegang rail pintu, grill atau apa saja benda-benda yang terdedah kepada umum. Tetapi kita juga dinasihati untuk membasuh tangan yang telah digunakan. Tetapi apabila tangan kembali memegang smartphone, kita terdedah kembali dengan germs dan bakteria yang berkemungkinan bermastautin di smartphone tersebut.

Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan oleh pakar penyelidik tentang kebersihan yang juga pernah diterbitkan pada tahun 2017 oleh U.S. National Library of Medicine dimana kajian tersebut mencadangkan smartphones boleh mengandungi banyak kuman yang merebak. Menurut sebuah kajian, kebiasa kita akan memegang smartphone sebanyak 2,600 kali dan mengunakannya dalam sekitar purata 76 kali. Jadinya, tidak cukup dengan membasuh tangan sahaja, kita juga kena pastikan smartphone kita juga selalu dibersihkan.

Tapi boleh ke kita gunakan hand sanitizer untuk membersihkan smartphone kita? Sebenarnya tiada kajian ataupun pakar yang mengatakan ianya tidak boleh. Namun kebersihan kita adalah lebih penting, maka seelok-eloknya jika membersihkan smartphone mengunakan hand sanitiser, pastikan meletakkan sedikit sahaja liquid tersebut dan lap mengunakan kain bersih, elakkan daripada liquid sanitizer tersebut terkena corong atau lubang di smartphone.

Jangan gunakan kertas atau tisu yang nipis kerana ianya berkemungkinan akan mudah melekat pada permukaan mahupun lubang smartphone tersebut. Pastikan mengelakkan liquid hand sanitizer tersebut daripada terkena bahagian kamera hadapan dan belakang smartphone.

Ada yang mengatakan seelok-eloknya untuk tidak mengunakan hand sanitizer kerana alcohol pada hand sanitizer tersebut kemungkinan boleh merosakkan coating fingerprint-resistant yang ada di smartphone. Menurut Apple, jika korang mengunakan iPhone 7 ke atas yang dilengkapi dengan features water resistant, penguna boleh membasahkan sedikit air sabun pada kain dan lap iPhone tersebut sehingga kering dan bersih, pastikan penguna mengelakkan air daripada memasuki corong atau lubang yang terbuka di smartphone. Ini bukan sahaja untuk iPhone malah, boleh digunakan untuk smartphone yang dilengkapkan dengan ciri-ciri water resistant. Jangan korang rendam pula smartphone korang tu.

Untuk pembersihan yang lebih mudah, korang boleh bersihkan smartphone atau apa saja barangan seperti earphone, microphone, headphone mengunakan Disinfecting Wipes yang boleh didapati di pasaraya-pasaraya yang popular. 

Memetik laporan daripada Cnet.com. Apple mengumumkan bahawa penguna boleh mengunakan Disinfecting Wipes atau produk sejenis yang mengandungi 70% isopropil alkohol, ianya boleh digunakan dan dilapkan perlahan-lahan pada permukaan hadapan dan belakang iPhone. Ianya juga boleh digunakan pada produk Apple yang lain seperti earpod, airpod, keyboard, mouse dan display.

Apa yang paling penting sekali adalah untuk kita semua menjaga kebersihan dan sentiasa memastikan tangan kita dalam keadaan yang bersih, selain itu elakkan juga daripada berapa di kawasan yang terlampau ramai orang. Pastikan juga antibody kita dalam keadaan sihat dan bertenaga. Dapatkan rehat yang secukupnya. Jika badan rasa lesu dan tidak bermaya dan rasa tanda-tanda seperti selesema, batuk, demam atau cirit-birit, maka disarankan untuk terus ke klinik ataupun hospital untuk pemeriksaan lanjut.

KATALAKI: Tolong berjaga-jaga gais dan sebarkan benda-benda yang baik dan memanfaat sahaja okay!

Last modified: 30 March 2020