Boleh Set Alarm Kat Twitter? Serius ah?

Sembang

Mungkin ada yang tahu, ada yang belum tahu atau ada yang buat-buat tahu, memang betul kita sebagai pengguna kat Twitter boleh set alarm kat Twitter. Alarm untuk apa lak ni? Contohnya korang ada nampak tweet yang berjaya menarik perhatian korang tapi dalam masa yang sama, korang tengah sibuk dengan benda lain, korang boleh set alarm supaya korang tak lupa pasal tweet tersebut dan boleh baca balik tweet tersebut dengan lebih teliti bila korang dah tak busy. Macam mana caranya? Sabar jap.

Alarm kat Twitter ni sebenarnya menggunakan bot, sejenis robot yang menggunakan software di Twitter, secara automatik akan melakukan apa-apa aktiviti di Twitter sama ada tweet, retweet, like, follow atau unfollow, mengikut kehendak pengguna. Walaupun bot ni merupakan robot, tapi manusia gak yang menetapkan apa yang akan dibuat dan boleh dibuat oleh bot tersebut.

Kalau nak set alarm kat Twitter, korang boleh guna pertolongan Twitter bot yang menggunakan tweet handle @RemindMe_OfThis untuk ingatkan korang pasal tweet yang korang nak tengok atau baca balik dalam masa 5 minit, 10 minit, 10 jam atau ikut suka hati korang lah berapa lama masa yang korang tetapkan. Kami sendiri dah cuba. Senang je caranya.

Yang pertama sekali, korang kenal pasti dulu tweet mana satu yang korang nak set alarm. Lepas tu, korang reply tweet tersebut macam yang kami buat kat bawah ni. Jangan lupa tag sekali @RemindMe_OfThis.

Kami cuba minta @RemindMe_OfThis ingatkan kami tweet daripada ESPN FC dalam masa 5 minit, Tak lama lepas tu terus masuk notification ni.

Memang betul-betul 5 minit, kami dapat sekali lagi notification daripada @RemindMe_OfThis untuk baca tweet daripada ESPN FC.

Image Via : thelaki.com.my

Kami terfikir gak, boleh guna Bahasa Inggeris je ke. Kalau bahasa lain macam mana? Jadi, kami cuba guna Bahasa Melayu untuk set alarm kat Twitter dan tag gak @RemindMe_OfThis. Sampai ke hari ni, masih lagi tak dapat apa-apa notification. Jadi makanya kalau korang nak try @RemindMe_OfThis, korang kena tweet dalam Bahasa Inggeris je. Harap-harap bila dah ramai yang start guna bot Remind Me ni, maka boleh pemilik bot ni upgrade dengan bahasa lain pulak macam Bahasa Melayu, Jepun, Korea, dan mahupun bahasa Arab.

Selain daripada @RemindMe_OfThis, ada lagi Twitter bot lain yang aktif kat Twitter antaranya @_grammar_ yang membetulkan tatabahasa dalam Bahasa Inggeris, @everycolorbot yang tweet setiap jenis warna yang wujud kat dunia berserta kod warna tersebut dan banyak lagi Twitter bot yang korang boleh jumpa kat Twitter. Kalau korang jenis yang suka “Parking jap” kat Twitter bila nampak thread yang panjang lebar, boleh la cuba guna @RemindMe_OfThis lepas ni. Bot ni memang dicipta untuk mereka yang selalu dan suka guna Twitter lah.

KATALAKI: Jangan ada yang bercinta dengan Twitter bot lak bahaya nanti gais…

Last modified: 18 November 2019