Boot Bola Paling Ngam Tahun Ni

Aktif, Bola

Boot bola sebenarnya ibarat cincin berlian permata untuk seorang lelaki. Jarang dipakai, tapi sekali pakai terasa macam Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi yang beraksi di atas padang!

Dah masuk tahun 2019 ni, korang punya boot ok lagi tak? Takkan nak tunggu boot korang dah macam boot Shaolin Soccer baru nak beli baru kan. Sambil-sambil korang dalam dilema tak tahu boot bola mana yang korang nak borong, usha dulu kat bawah ni antara boot bola yang paling ngam teruk kalau disarungkan kat kaki korang.

Adidas Predator  19+

Sumber : soccerbible.com

Boot bola siri Predator yang baru je dikeluarkan oleh Adidas. Boot bola ni juga dipakai oleh beberapa pemain bola ternama antaranya Paul Pogba. Bros mesti dah lama teringin

Adidas Copa 19+

Sumber : adidas.com.my

Boot yang dipakai oleh David De Gea, Nemanja Matic dan Paulo Dybala. Amacam bosskur? Jangan gigil tengok boot ni.

Nike Mercurial Superfly 360 Elite CR7

Kalau korang rasa nak perform macam Cristiano Ronaldo, apa tunggu lagi. Sila la sambar boot yang diinspirasikan daripada pemain terbaik dunia ni.

Adidas Energy Mode Nemeziz 18.1 FG

Fuhh. Dengan warna orange, confirm dari jauh orang dah nampak korang beraksi dalam padang.

So korang ada tergoda tak dengan boot bola yang kami senaraikan kat atas tadi? Atau korang memang ada target dah nak beli boot bola yang mana? Kami pun sebenarnya rambang mata boot mana yang nak letak dalam artikel ni. Banyak sangat boot bola yang ngam teruk!

KATALAKI: Kalau tak perform atas padang jangan salah kan boot lak.

Last modified: 17 March 2019