Borang Kaji Selidik Kanabis Di Malaysia

Sembang

Malaysia Society of Awareness (MASA) secara rasminya melancarkan borang kaji selidik secara atas talian bermula 6 Oktober 2019 hari tu untuk mendapatkan pendapat orang ramai tentang penggunaan kanabis yang juga dikenali sebagai ganja atau marijuana sebagai tujuan perubatan.

Image Via : surveyplanet.com

Menurut MASA, hasil jawapan orang ramai yang diterima menerusi kaji selidik yang dijalankan akan dijadikan rujukan statistik kepada kerajaan Malaysia dan dibentangkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Image Via : facebook.com

Setakat ni, beberapa negara dah pun membenarkan penggunaan kanabis sebagai ubatan dan suplemen kesihatan antaranya Denmark, Finland, Itali, New Zealand, Switzerland dan Thailand. Kanada dan Uruguay dibenarkan untuk tujuan perubatan dan rekreasi.

Image Via : thestar.com

Pada 10 Februari 2019, Harian Metro pernah melaporkan berita mengenai pokok kanabis atau ganja boleh ditanam dan diusahakan di Malaysia bagi tujuan kajian dan perubatan jika mendapat kelulusan daripada Menteri Kesihatan Malaysia.

Sebelum ni, SAYS pernah juga kongsikan cerita mengenai 3 orang rakyat Malaysia yang menubuhkan sebuah syarikat,  CBD Oils Malaysia – Malaya Hemp™ di United Kingdom untuk mencipta dan memasarkan produk berasaskan kanabis bagi tujuan perubatan selepas memperolehi lesen daripada kerajaan United Kingdom.

Image Via : says.com

KATALAKI: Kalau korang nak bagi pendapat masing-masing melalui borang kaji selidik yang dijalankan oleh MASA, boleh klik kat sini.

Last modified: 10 October 2019