TODAK FEST: Bosskur Kembali Mengganas!

Game, Tech

Kalau korang perasan, pada sabtu dan ahad yang lepas aku sempat hadir ke pesta esport terbesar setakat tahun ini iaitu Todak Fest 2019. Pesta ini bukan sahaja focus kepada esport tetapi terdapat persembahan dari artis terkenal dan juga food fest!

Sebelum itu aku nak ucapkan terima kasih kepada pihak Todak Gaming kerana menjemput team TheLaki ke Todak Fest 2019 dan melayan kerenah kitorang sepanjang event ini berjalan.

Ok on the first day kitorang datang ke Todak Fest 2019, Aku agak kagum dengan kehadiran orang yang hadir disebabkan pada hari yang sama terdapat pelbagai eventevent esport besar yang turut dijayakan dan betul-betul disebelah event Todak Fest 2019 terdapat event PopCon 2019!

Sebaik sahaja melintas pintu utama, Mata aku terus focus kepada 3 sport car yang di letak pada bahagian pintu hadapan. Kalau korang nak tahu, Todak bukan sahaja ada Todak Gaming tapi dorang juga ada Todak Racing dan pelbagai lagi.

Disebelah 3 sport car ini, terdapat booth untuk 3D Racing Simulator yang semua orang boleh cuba. Agak seronok bukan sahaja geng bro-bro yang cuba tapi terdapat juga adik-adik kecil dan geng-geng otai yang still ada sengat dalam game racing ini.

Bagi bro yang kaki bola, Tak dilupakan terdapat juga tournament terbuka untuk peminat-peminat permainan video FIFA 2019. Kalau orang macam aku ni memang tak sentuh lah gamegame bola ini sebab bukan sahaja kaki bangku in real life, aku juga kaki bangku dalam game hahaha!

Masuk sahaja ke hall utama, Sekali lagi mata berkelip-kelip. Bukan sebab nampak awek cun, tapi disebabkan makanan-makanan yang dijual di Todak Fest 2019 ini! Terliur bro! Terdapat pelbagai jenis makanan yang dijual dan jugak minuman.

Disebelah food fest, terdapat satu stage yang mana artis-artis terkenal akan membuat persembahan. Antara yang membuat persembahan adalah Masdo dan juga Hujan! Pada hari pertama event ini dijalankan, Masdo mengambil tempat untuk membuat persembahan pertama. Memang penuh hall ini dengan geng pak maon!

Selain daripada game 3D Racing Simulator, pengunjung jugak dapat mencuba permainan VR yang berada di hall utama. Seronok tengok adik-adik kecil mencuba permainan VR ini. Yelah masa aku kecil dulu benda-benda macam ini mana wujud lagi. Paling koman pun pergi mall main Daytona saja haha!

Di Todak Fest 2019 ini juga, pihak Todak Culture turut mempamerkan streetwear mereka. Kualiti mereka bagi aku agak nice dan cap yang dorang hasilkan juga boleh dikatakan berkualiti tinggi. Kalau korang perasan aku pernah pakai cap dorang dalam video GadgetBro!

Tak dilupakan juga gaming chair jenama dorang sindiri. First time aku duduk dekat kerusi Todak ini, Aku rasa macam nak bawa lari or tidur saja atas kerusi dorang ini sebab selesa betul. Harap-harap Todak Gaming sudi sponsor geng TheLaki kerusi gaming Todak ini.

Yang paling aku terkejut adalah Todak Gaming juga bakal mengeluarkan gaming peripheral mereka sendiri seperti Gaming Keyboard, Gaming Mouse, Gaming Mousepad dan juga Gaming Headphone. Aku paling berkenan dengan Gaming Keyboard dia sebab nampak seakan-akan keyboard Razer Huntsman Elite bro!

Tapi, rata-rata yang datang ke Todak Fest ini adalah disebabkan oleh tournament Mobile Legends yang Todak anjurkan. Terdapat 8 team yang berebut untuk mendapat tempat pertama dan membawa pulang RM50,000 bro!

Antara pasukan yang dapat masuk top 8 ini adalah, team Justice Gaming, Mysterious Assassin, Team Icon, Geek Fam, Hello Kitty Esport, HackmapReborn, Mystic JR dan jugak team yang paling terkenal satu masa dahulu iaitu Team Bosskur.

Pada quarter final yang pertama, Team Bosskur, Mysterious Assassin, Team Icon dan jugak Hello Kitty Gaming telah berjaya menumpaskan lawan masing-masing dan berjaya untuk mara ke quarter final ke dua yang mana akan diadakan pada keesokan harinya.

Keesokannya aku datang agak lambat sedikit disebabkan terlajak tidur haha! Tapi semasa dalam perjalanan nak kesana, Aku dapat tahu yang team Bosskur akan berjumpa dengan team Mysterious Assassin (MYA) dalam pusingan akhir! Terus kelam kabut aku pergi ke Todak Fest!

Shoutcaster – Ikuto dan ChuChu bergabung meletup!

Semasa perlawanan akhir sedang berlangsung, terdapat beberapa gangguan teknikal yang membuatkan perlawanan terpaksa diberhentikan seketika. Semasa perlawanan dihentikan, Shoutcastershoutcaster nonstop memberikan pandangan mereka tentang strategi yang akan digunakan oleh kedua-dua team. Sebab inilah aku cakap Shoutcaster ini adalah orang yang penting dalam esport, kalau dorang tak ada, memang krik krik krik lah event ini!

Perlawanan disambungkan semula dan kedua-dua team mencuba sebaik mungkin untuk menang. Gameplay yang ditonjol oleh kedua-dua team sememang yang sangat mantap. Penonton dan termasuk aku sekali memang tak senang tengok kedua-dua team ini berlawan. Sekejap team Bosskur leading, sekejap MYA leading memang suspend gila lah!

Namun sengat team Bosskur ternyata masih berbisa dimana mereka telah memenangi pertandingan ini dan dalam masa yang sama menjadi pemenang sulung untuk tournament Mobile Legends Todak Fest 2019! Walaupun sebelum ini ramai menyatakan yang team Bosskur sudah lemau tapi ternyata hari itu team Bosskur berjaya merubah fikiran orang-orang tersebut.

Sebaik sahaja habis tournament, kini giliran Hujan pula untuk mengegarkan Todak Fest 2019. Berpusu-pusu peminat mereka mula membanjiri pentas demi melihat band legend ini perform dan membawa lagu-lagu klasik dorang.

Sebelum balik, aku sempat bertanya kepada CEO Todak sama ada event ini akan dijalankan setiap tahun atau cuma untuk tahun ini sahaja. Kata beliau, Event seperti ini tetap akan dijalankan setiap tahun selepas ini cuma namanya sahaja akan berubah, hmm nak guna apa pulak ek?

Bosskur (1st) MYA (2nd) Icon (3rd) Hello Kitty (4th)

So itu sajalah pengalaman aku sepanjang dua hari cover untuk event Todak Fest 2019. Overall aku cukup berpuas hati dengan layanan yang pihak Todak berikan dan juga terhibur dengan permainan dan persembahan artis yang dorang bawakan. Cumanya kalau next year dorang buat lagi, aku harap dorang buat di tempat lain selain Mid Valley Megamall sebab ya tuhan dia punya susah nak cari parking! Stress Bro!

KATALAKI: Kalau Todak Gaming nak GadgetBro review gaming peripheral terbaru yang bakal keluar nanti bolehlah rogerroger ye hehehe

Last modified: 30 January 2019