Brand² Terkenal Ini Rupanya Pernah Keluarkan Produk…

Sembang, ZAP, ZeKool

Kalau diperhatikan, kebanyakkan jenama-jenama terkenal ni akan fokus pada satu produk yang menjadi kepakaran mereka. Seperti contoh Apple Inc. fokus dengan pembuatan teknologi komputer dan telefon pintar, Coca Cola dengan airnya dan McDonald dengan makanannya. Setiap jenama ini mempunyai kekuatan tersendiri dalam bidang masing-masing. Tapi apa jadi kalau jenama-jenama terkenal ni decide untuk luaskan pasaran jenama mereka dengan menghasilkan produk yang tak ada kena mengena dengan mereka? Banyangkan jenama Adabi keluarkan produk tenusu. Bunyi macam pelik tapi benda ni pernah berlaku kepada beberapa jenama terkenal yang pernah hasilkan produk baru yang tiada kena mengena dengan kepakaran mereka. 

ZIPPO – MINYAK WANGI WANITA

Zippo merupakan satu jenama pemetik api yang agak terkenal. Rasanya agak susah nak disconnect bau yang dihasilkan pemetik api dengan minyak wangi jenama Zippo, tak kira betapa sedapnya bau minyak wangi itu. Produk minyak wangi untuk wanita Zippo ini merupakan kegagalan besar buat mereka dimana jumlah botol yang belum terjual masih boleh dibeli secara atas talian. Tapi kalau beli sekarang boleh simpan untuk buat koleksi barang-barang rare.

BIC – SELUAR DALAM PAKAI BUANG

Sebenarnya bukan lah idea yang buruk sebab seluar dalam pakai buang ni memang ada permintaannya yang tersendiri bagi mereka yang memerlukan. Tapi agak susah untuk menyakinkan pembeli bahawa produk keluaran BIC yang sinonim dengan penghasilan alat-alat tulis ini berbaloi untuk dibeli. Biasanya jenama yang akan buat produk seluar dalam pakai buang ni mesti lah daripada jenama yang biasa dengan penghasilan seluar dalam. Baru lah pembeli yakin nak beli. Walaupun alat tulis BIC merupakan jenis disposal (maksudnya dah habis pakai boleh buang), tak bermaksud mereka boleh hasilkan seluar dalam disposal

KFC – PENGILAT KUKU BOLEH MAKAN & LILIN WANGI

Adakah KFC juga sudah bosan menjual ayam goreng? Tapi KFC merupakan antara jenama makanan segera yang banyak melancarkan produk-produk yang tiada kaitan dengan fastfood sebagai gimmick. Antara produk pelik yang pernah dilancarkan oleh KFC adalah seperti pengilat kuku yang edible dan juga lilin wangi. Produk ini juga dikatakan agak limited, dan kalau ada yang memilikinya bermaksud korang adalah pemilik barang rare KFC. Tujuan KFC melancarkan produk ini adalah untuk menjadikan jenama mereka tular dalam dunia internet, dan ini merupakan salah satu marketing mereka. Tapi KFC Malaysia tak ada kot nak buat macam ni

DR PEPPER – SOS BARBECUE

Mungkin jenama Dr Pepper tidak lah tersasar terlalu jauh dalam cubaan menghasilkan sos barbecue. Ia masih lagi dalam cabang kemahiran mereka (walaupun tak berapa nak mahir) dan ada juga beberapa jenama minuman atau makanan lain yang buat konsep macam ni. Tapi sayangnya Dr Pepper gagal menjadikan produk sos barbecue mereka disukai oleh orang ramai. Ia dikatakan mempunyai rasa yang tidak setanding dengan jenama Dr Pepper, iaitu satu jenama minuman ringan berkarbonat yang diminati ramai. Jangan ingat dah ada jenama yang besar lepas tu buat boleh produk yang tak ada kualiti. 

COLGATE – MAKANAN

Ini lagi satu jenama yang ingat dia boleh buat produk lain sesuka hati hanya disebabkan nama dah dikenali ramai. Pada tahun 1982, Colgate merupakan jenama yang paling terkenal sebagai produk ubat gigi. Kemudian mereka cuba untuk keluarkan produk yang akan mengotorkan gigi, iaitu makanan. Tapi produk makanan mereka tentu sekali menemui kegagalan sebab consumer dah terlalu sebati melihat jenama Colgate sebagai jenama ubat gigi. 

LEVI’S – KERETA

Sekitar tahun 1970-an, sebuah syarikat kereta membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Levi’s untuk menghasilkan satu jenama kereta Levi’s. Mungkin pada waktu itu ia merupakan satu idea yang menarik memandangkan jenama Levi’s juga merupakan jenama seluar jeans yang agak terkenal. Maka terhasil lah sebuah kereta yang diberi nama Levi’s Gremlin. Bukan setakat ia memiliki warna biru seperti seluar jeans ikonik Levi’s, tetapi kereta itu juga mempunyai tempat duduk yang dibaluti dengan kain denim seluar Levi’s. Walau bagaimanapun, ia kurang mendapat sambutan.

KATALAKI: Macam teringin nak cari lilin wangi KFC tu. Mesti bau ayam kepci…

Last modified: 2 September 2020