Break The Habit! – Atasi Nafsu Tengok Blue!

Life x Tips, Sembang

Bila sebut tentang “blue”, pasti ramai yang tahu filem atau kandungan apa yang kami maksudkan. Bukan filem atau gambar biasa-biasa yang dapat kita saksikan mahupun lihat di wayang (atau dimana-mana siaran TV). Tetapi kandungan yang mengandungi unsur-unsur dan perbuatan fizikal antara seorang lelaki dan pasangannya, sama ada dengan wanita ataupun lelaki. Ya, filem atau gambar “blue” atau erti kata lain, bahan lucah.

Ramai sebenarnya lelaki sudah pun memilih untuk kurangkan ataupun tidak lagi menonton filem-filem sebegini. Mungkin sebab kebanyakkan lelaki mula sedar bagaimana filem-filem “blue” ini menjadi habit atau aktiviti yang sememangnya kurang sihat dan membuang masa.

Ini bukan filem “blue” yang kami maksudkan. Filem macam ni okay lagi bro…

Sebuah kajian yang telah dijalankan oleh Heriot-Watt University Malaysia (HWUM) telah menemui bahawa 7% daripada remaja mengaku mula menonton filem lucah di internet sebelum mencecah usia lapan tahun. Seramai 551 pelajar sekolah mengaku terjebak dengan aktiviti online pornography.

Dr Ke Guek Nee, pengkaji yang terlibat untuk kajian tersebut mengatakan setiap daripada anak-anak muda ini mudah terdedah dengan pornografi di internet. “Mereka tahu ianya salah untuk menonton di sisi agama, tapi mereka tidak tahu bagaimana untuk hentikan daripada menonton pornografi” kata Dr. Ke Guek Nee.

Menurut Charles Duhigg, penulis buku The Power of Habit. Tabiat ini terdiri daripada tiga komponen utama – Trigger, Routine dan Reward. Untuk mereka yang mempunyai ketagihan pornografi, Trigger terjadi apabila seseorang merasakan kebosanan dan lonely ataupun stress.  

Kredit gambar: The Indian Press

Apabila ianya terjadi, Routine ataupun tabiat akan mula take-over badan seseorang tersebut seperti dalam mode autopilot untuk melihat atau menonton bahan-bahan lucah, dan selepas itu badan tersebut akan menantikan Reward atau dalam kata lain orgasme.

Ini adalah tabiat yang patut kita jauhi untuk hentikan nafsu pornografi daripada berlanjutan. Menurut Charles juga untuk menukarkan habit, kita kena pastikan Trigger dan Reward adalah perkara yang sama seperti mana kita melayan nafsu untuk bahan lucah. Antara cara-cara terbaik adalah untuk ganti micro-habit pada routine untuk tengok bahan-bahan lucah dengan aktiviti lain yang lebih berfaedah.

Jadi untuk korang semua, Thelaki nak listkan antara tips yang korang boleh buat untuk STOP! aktiviti atau tabiat menonton filem-filem atau gambar lucah ni. Jom kita try NO FAP Challenge!

1. Cari Hobi

Memancing, kumpul stamp, baca buku atau novel, collect hotwheels, tengok wayang, buat gotong royong, main game, belajar main instrument. Macam-macam lagi hobi yang korang boleh cuba lakukan untuk gantikan routine bila korang rasa bosan atau lonely.

2. Bersukan Atau Workout!

Ini antara cara-cara yang terbaik. Cuba cari aktiviti sukan yang akan membuatkan korang untuk terus terrer atau mahirkan diri like badminton, bowling, futsal atau main DOTA sekali pun. Kalau tak suka bersukan, korang boleh try workout, cari member yang boleh ikut sekali korang pergi gym, tak kisah lah badan macam mana korang nak buat. Janji korang akan sentiasa busy sebab ini juga sedikit sebanyak akan membuatkan korang dapat reward atau dopemine shot yang badan korang perlukan tu.

3. Lepak Mamak!

Ya, lepak lah mamak. Bila korang rasa lonely, ce cari kengkawan yang suka lepak mamak, café atau memana je port yang best untuk lepak. Lepak mamak ni atleast better daripada korang duduk berseorangan. Nak lagi best, bawa la game-game macam Uno, Jengga, Monopoly atau main PUBG/Mobile Legend untuk hilangkan bosan bila lepak. Takkan nak membawang je kot

4. Puasa

Ini lagi salah satu cara terbaik dan paling mudah. Tak perlu susah payah sangat, korang pun dalam masa yang sama boleh dekatkan diri dengan tuhan, bersembahyang, berzikir, baca al-quran. Think on the brightside, korang pun boleh save budget, jimat duit tak payah nak lunch. Betul tak?

Apa pun cara terbaik dan the best yang korang boleh buat, pastikan korang busykan diri dan hindari daripada tengok bahan-bahan lucah. Nak lebih elok, cari member atau teman yang boleh berikan korang impak yang positive dalam kehidupan korang. Jangan cari member yang selalu otak kuning tu. Hope tips ni dapat membantu korang sedikit atau sebanyak okay!

KATALAKI: Mula-mula tu memang susah tapi trust me, banyak lagi benda berfaedah korang boleh buat dengan masa korang.

Last modified: 14 November 2018