Bro Army Bawak Pulang USD15,000!

Aktif

Pada minggu lepas telah berlangsung acara R U Tough Enough anjuran KIX HD. Didalam acara ini, seramai 22 peserta dari Malaysia, Indonesia, Philippine, Singapore, Thailand dan Vietname telah berentap untuk menjadi juara.

Didalam acara R U Tough Enough, kesemua peserta akan berentap dalam mengharungi pelbagai obstacles dan memastikan mereka orang yang terpantas menghabiskan obstacles tersebut.

5 orang wakil dari Malaysia turut sama-sama bertanding demi merampas title juara R U Tough Enough tahun lepas dari peserta Indonesia, Mareto Aufra.

Wakil-wakil dari Malaysia adalah Vincent Mallang, Priya Naidu, Syarif Nurhidayat, Teh Wai Kit dan Mohd Saddam.

Final Showdown R U Tough Enough telah berlangsung di Sunway Pyramid pada 2/12/2018 telah menyaksikan juara baru dari Malaysia iaitu Mohd Saddam yang berusia 27 tahun dan merupakan seorang anggota askar.

Mohd Saddam telah merampas title juara dari peserta Indonesia iaitu Mareto Aufra dan telah membawa pulang USD15,000.
Mohd Saddam yang mempunyai 10 adik beradik telah memasuki tentera sejak habis sekolah menengah demi membantu ayahnya menanggung 10 adik adik beradiknya yang lain. Pada umur 11 tahun, Saddam telah kehilangan ibunya dan menjadikan sukan larian sebagai satu cara untuk cope diatas kehilangan itu.

Saddam juga merupakan seorang yang aktif dalam acara Spartan Race dan meminati sukan bola sepak termasuk acara lumba lari.

Pergh siapa tak teringin nak badan macam Mohd Saddam ni kan? Kalau teringin, korang leh try dengar tips BroSis Sado kat Aiskacang.com.my. Jom dengar gais, klik je SINI

KATALAKI: Kalau korang rasa korang toughtry join R U Tough Enough tahun depan pulak!

Last modified: 8 December 2018