Bro Cuba, Sistem Pembayaran Tol RFID

Sembang

RFID atau Radio Frequency Identification (RFID), ialah sistem pembayaran tol terbaru yang diperkenalkan oleh Touch n Go . Macam mana nak apply? Kat mana boleh guna? Sabar jap. Scroll bawah untuk korang lebih faham pasal RFID.

Macam Mana RFID Berfungsi?

Cara penggunaan sama je dengan Smart Tag, korang hanya perlu lalu je kat plaza tol. Tak yah stop untuk bayar tol. Cuma RFID hanya menggunakan pelekat RFID yang ditampal dekat windscreen atau lampu depan kereta korang. So, tak perlu lah korang terkial-kial nak cari mana korang letak Smart Tag korang tu bila nak lalu tol.

Macam Mana Nak Daftar Sebagai Pengguna RFID?

Cara nak dapatkan RFID mungkin agak leceh berbanding kalau korang beli Touch n Go, dah beli kad tu boleh guna terus kan? Kelecehan ni bertujuan untuk penggunaan yang lebih selamat dan terjamin untuk pengguna RFID. Macam bak kata pepatah, bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian. Tak gitu?

Ada beberapa langkah yang perlu korang ikut sebelum korang layak untuk terima RFID. Baca satu-satu  kat bawah ni.

1. Muat turun aplikasi Touch n Go Wallet dalam smartphone korang.

2. Dah download tu sila lah register. Masukkan maklumat yang diminta dengan betul.

3. Dah settle dengan Touch n Go eWallet, korang boleh terus layari LINK NI untuk daftar sebagai pengguna RFID.

4. Dalam beberapa hari, korang akan terima email pengesahan daripada RFID untuk datang pasang pelekat RFID di tempat pemasangan yang disediakan.

5. Ini antara dokumen penting yang korang kena bawa masa nak pasang pelekat RFID.

  • Salinan IC dan lesen memandu.
  • Salinan geran kereta atau cover note insurans kereta yang sah.
  • Surat pengesahan daripada pemilik kenderaan. (Kalau pemilik akaun yang didaftar dekat Touch n Go eWallet berbeza dengan pemilik kenderaan)

 6. Sila lah bawa kenderaan anda di tempat pemasangan RFID yang disediakan.

Chop! Penggunaan RFID hanya ada di lebuh raya Kuala Lumpur buat masa sekarang. Nahh senarai lebuh raya yang ada plaza tol RFID.

Sumber : rfid.touchngo.com.my

Please Take Note!

Sumber : rfid.touchngo.com.my

Nyah Kau Smart Tag! Come To Papa RFID.

Aku dah settle dah pasang pelekat RFID hari tu dan sempat cuba juga macam mana RFID ni berfungsi. Korang boleh tengok video kat bawah ni okeh!

Kami pi test power RFID toll system – On Tak On?

Kami pi test power RFID toll system – On Tak On?

Posted by THELAKI on Thursday, November 8, 2018

Dah settle pasang RFID ni baru la best bawak kereta, nak-nak leh layan playlist “Enjin Panas” kat hotfm.com.my. Klik je kat SINI gais!
KataLaki: Kalau nak info lagi pasal RFID, usha SINI

Last modified: 21 November 2018