Movie² Epic Yang Korang Boleh Layan Sempena CNY

Sembang

Cuti panjang ni apa plan korang sekalian? Pergi bercuti ke melepek kat rumah je? Tak kisah la apa pun plan korang, untuk semarakkan lagi kemeriahan Tahun Baru Cina dalam jiwa dan raga korang, kami senarai filem-filem terbaik yang korang boleh layan. Limau jangan lupa selit kat tepi untuk kunyah-kunyah.

Shaolin Soccer

Dah tengok berpuluh kali pun masih lagi boleh terbahak-bahak kalau layan filem ni. Liga Super pun makin dekat kan. Kalau dah habis tengok cerita ni, apa kata korang layan lak filem Shaolin Girl yang diterbitkan oleh Stephen Chow dan dilakonkan oleh pelakon-pelakon jepun.

Kung Fu Hustle

Stephen Chow memang tak pernah kecewakan kita. Filem arahan Stephen Chow seterusnya ni filem wajib tonton gak tak kisah la berapa kali pun. Ramai pelakon-pelakon otai dalam filem ni.

Ip Man

Korang pun dah tahu kan siapa sebenarnya Ip Man ni. Filem ni kisah benar mengenai perjalanan hidup grandmaster kepada Bruce Lee.  Filem Ip Man ni dah ada 3 siri, Ip Man, Ip Man 2, Ip Man 3 dan Ip Man 4 yang baru keluar akhir tahun lepas. Ada satu spin-off movie Ip Man, Master Z: Ip Man Legacy yang dikeluarkan pada tahun 2018.

Infernal Affairs

Korang yang suka cerita polis, tembak-tembak dan gaduh-gaduh, boleh layan filem ni. Tipu la kalau ada yang tak pernah tengok. Filem ada 3 siri, Infernal Affairs, Infernal Affairs II dan Infernal Affairs III. Filem ni antara filem yang wajib korang tahu dan tengok la senang citer.

Drunken Master

Filem ni la punca Jackie Chan popular kat satu dunia. Filem ni ada 2 siri, Drunken Master dan Drunken  Master II. Korang pernah dengar nama Wong Fei-Hung dan pasal kung fu mabuk? Berasal daripada filem ni la brader.

Police Story

Filem ni diarahkan sendiri oleh Jackie Chan. Filem ni ada 6 siri dari tahun 1985 sampai la yang paling latest tahun 2013. Masak la korang nak layan. Kuala Lumpur pernah menjadi lokasi pengambaran untuk Filem ke-3 untuk siri Police Story, “Police Story 3: Super Cop” pada tahun 1992. Time tu Tan Sri Michelle Yeoh jadi sparring partner dengan Jackie Chan.

KATALAKI: Selamat bercuti dan selamat menonton broo.

Last modified: 24 January 2020