Bro Dah Service Kereta Belum?

Collab, SuperDeals

SuperDeals

Lagi sikit je lagi kita bakal kedengaran bunyi-bunyi keriangan anak-anak bermain bunga api dan bunyi hentakan kuali yang sedang hangat memasak rendang ayam mahupun daging di kampung halaman tercinta. Wah panjang nau ayat pembukaan aku haha.

Bila sebut je pasal kampung ni. Tak lain tak bukan aktiviti yang kita akan lakukan apabila menyambut bulan Syawal mestilah dengan pulang ke kampung halaman ke pangkuan keluarga yang tercinta, atau kalau korang sejenis yang tiada kampung pun, mesti korang akan crash ke kampung member atau stay kat homestay bukan? 

Okay lah. Dalam article kali ini aku nak share dengan korang benda-benda yang korang kena take note menjelang nak masuk raya. Benda-benda ni adalah penting untuk memastikan perjalanan dan persiapan raya korang terjamin. 

Service Kereta On Time!

Sebelum kita mulakan perjalanan jauh. Perkara pertama sekali yang kita kena pastikan adalah tahap kesihatan kereta kita.Tak kisah kereta jenis apa sekali pun, murah ataupun mahal. Semua kereta adalah sama kalau bab isi dalaman kereta semua lebih kurang je kan? Laju macam mana jugak kereta korang kalau korang tak hantar pergi service pun tak guna jugak bro.  Yang penting, pastikan minyak hitam dan air kereta in good conditions. Dan yang paling utama sekali sebelum korang gerak, pastikan tayar kenderaan korang dalam keadaan yang baik.

Android Player + Magic Mic

Dah nama pun perjalanan jauh, tentunya akan memakan masa yang sangat panjang bila duduk dalam kereta. Kalau korang sejenis yang rajin menikmati permandangan luar ataupun baca buku, then bagus lah. Salah satu cara lagi untuk hilangkan rasa bosan dan resah ketika dalam perjalanan adalah dengan memasang Android media player dalam kereta. 

Kalau korang nak upgrade radio player dalam kereta korang, aku cadangkan korang pasang je Android media player sebab korang boleh layan Youtube, Facebook, Spotify, Netflix atau stream apa saja movies mahupun channel TV semua hanya dalam kereta korang sahaja. Cuma pastikan korang hotspotkan line Internet korang ke Android media player kereta tersebut. Haaa, kalau yang kaki karoks tu korang boleh bluetooth sekali Magic Mic dah mulakan sesi karoks sepanjang perjalanan.

Tinted 

Yang last sekali, untuk pastikan perjalanan jauh korang lebih nyaman dan selesa. Tentunya kenalah pastikan kereta korang dilengkapi dengan tinted cermin kereta yang gelap ataupun kurang kadar ketelusan cahaya memasuk ke dalam kereta korang. Bukan apa, maklum je lah. Negara kita ni kan semakin hari semakin panas, nak-nak lagi bila time musim perayaan. Suhu cuaca kat luar ni juga sedikit sebanyak dapat menjejaskan kesihatan kalau ianya terlalu panas.

Sejak 8 Mei haritu, Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan pindaan terbaru bagi peraturan penggunaan cermin gelap ke atas kenderaan motor. Jadi tiada had untuk kadar kegelapan untuk cermin kiri dan kanan tempat duduk dan cermin belakang kereta. 

Yang paling penting sekali, dengan tinted kereta ni, bukan saja dapat melindung korang daripada cahaya cuaca terik yang panas tapi juga dapat memastikan keselamatan korang terjamin. Sebab dengan ketebalan film tinted yang dipasangkan pada cermin kereta korang dapat memastikan cermin tersebut susah untuk retak ataupun dipecahkan.

Kalau korang berminat nak buat tinted kereta korang, jangan risau. Tak payah pergi jauh-jauh, korang boleh dapatkan potongan harga discount sebanyak 85% dekat Super Deals. Yang lagi best tu, dengan harga RM160, korang bukan dapat tinted kereta sahaja, tapi dapat juga film tinted setebal 6 Mil tu. So apa tunggu lagi? Meh pasang tinted kereta, klik je KAT SINI.

KATALAKI: Kalau 3 benda ni dah ready dalam kereta, nak travel berjam-jam pun gua on!

SuperDeals

Last modified: 30 May 2019