Bruno Fernandes Yang Korang Belum Kenal

Aktif, Bola

Nama Bruno Fernandes semakin popular di serata dunia apabila menyertai salah sebuah kelab ternama di England, Manchester United pada 29 Januari 2020. Baru-baru ni, Bruno Fernandes berjaya menjaringkan 2 gol untuk Manchester United ketika menentang Brighton dalam perlawanan Premier League. Tu yang semakin disanjung oleh penyokong-penyokong Manchester United. Sebelum ni, ramai je pemain bola sepak yang tiba-tiba popular selepas berpindah ke Manchester United disebabkan reputasi yang dimiliki oleh sebuah kelab yang pernah melahirkan bintang bola sepak dunia antaranya Paul Scholes, Eric Cantona, Ryan Giggs, David Beckham, Cristiano Ronaldo dan ramai lagi lah.

 

View this post on Instagram

 

No arguments here! 🏆 Congratulations, #BrunoFernandes! #MUFC #PremierLeague

A post shared by Manchester United (@manchesterunited) on

Walau bagaimanapun, sebelum ni ada gak pemain yang popular selepas menyertai Manchester United, tapi hilang secara tiba-tiba dan ada kemungkinan terus dijual kepada kelab lain dalam masa yang singkat disebabkan gagal membuktikan kebolehan di atas padang, terutama sekali gagal memikat hati dan perasaan penyokong-penyokong Manchester United yang mudah terluka. Tapi nampaknya berbeza untuk Bruno Fernandes yang dikatakan bakal mempunyai masa depan yang cerah untuk mengemudi bahagian tengah Manchester United dalam jangka masa yang panjang walaupun belum lagi sampai setahun bersama dengan Manchester United.

Bruno Fernandes yang lahir pada 8 September 1994 di Portugal, memulakan karier bola sepak profesional bersama kelab liga bawahan di Itali, dikenali sebagai Novara ketika berumur 17 tahun. Berjaya membuktikan kehebatan bersama Novara, Bruno Fernandes seterusnya berpindah ke Udinese pada tahun 2013 untuk merebut peluang beraksi di Serie A, Itali selama 3 musim, menjaringkan 11 gol dalam 95 perlawanan. Ketika bersama dengan Udinese, Bruno Fernandes juga pernah dipinjamkan ke Sampdoria selama 1 musim, sebelum kembali ke tanah air tercinta, Portugal untuk beraksi bersama Sporting CP pada tahun 2017.

 

View this post on Instagram

 

When someone tells you “you can’t” turn around and say “watch me” 👊🏼

A post shared by Bruno Fernandes (@brunofernandes.10) on

Semasa bersama dengan Sporting CP lah bakat Bruno Fernandes mula diintai oleh beberapa kelab ternama Eropah selepas Bruno Fernandes menjadi tonggak utama Sporting CP selama 3 musim untuk menghadiahkan 3 piala kepada kelab yang juga pernah melahirkan bintang dunia antaranya Cristiano Ronaldo dan Nani. Bersama Sporting CP, Bruno Fernandes juga pernah dinobatkan sebagai Primeira Liga Player of the Year sebanyak 2 kali, pada tahun 2018 dan 2019.

 

View this post on Instagram

 

Bruno, meet Ole 😊

A post shared by Manchester United (@manchesterunited) on

Selepas khidmat Bruno Fernandes lama ditagih oleh barisan kejurulatihan dan penyokong Manchester United, Bruno Fernandes akhirnya diumumkan secara rasmi sebagai pemain terbaru Manchester United pada 29 Januari 2020, menyarung jersi bernombor 18. Bruno Fernandes menjadi pemain ke-3 yang pernah dibeli oleh Manchester United dari Sporting CP, jalan sama yang dipilih oleh Cristiano Ronaldo dan Nani yang pernah memperkuatkan barisan pemain Manchester United di zaman kegemilangan.

 

View this post on Instagram

 

Well deserved win! Happy to score for the first time, hoping it’ll be the first of many 🙏🏻 #MUFC

A post shared by Bruno Fernandes (@brunofernandes.10) on

KATALAKI: Rasanya barisan pemain Manchester United sekarang ni dah cukup mantap. Nak lagi mantap, mungkin boleh beli pemain hebat yang boleh mengemudi barisan pertahanan.

Last modified: 2 July 2020