Cara Buat GIF Daripada YouTube

Gadget, Tech

Mesti korang tertanya-tanya macam mana member-member korang buat gif yang smartsmart kan? Buat gif daripada scene music video lah, trailer lah and macam-macam lagi. Cara yang ada sekarang pun agak leceh.

Lagi-lagi kalau korang nak ambik video Youtube and buatkan dia jadi gif. Nak kena download dulu video tu, pastu bukak software and cut video tu then kena upload pulak video tu untuk convert jadi gif. Memang leceh gila lah cara dia.

Tapi hari ini aku nak share dengan korang cara yang paling mudah untuk convert video Youtube dan jadikan dia dalam bentuk gif tanpa perlu download video tadi dan bukak software lain pulak. Korang dah ready? Dah ready boleh tengok step dekat bawah ni:

Pertama sekali apa yang korang perlu buat mestilah bukak website Youtube. Pilih video yang korang nak jadikan dalam bentuk gif. Lepas dah pilih, Dekat bahagian url dekat atas tu, korang tambah je ayat “gif” sebelum perkataan Youtube. Contoh dia macam ni: https://www.gifyoutube.com/watch?v=7j5bF4UP6CU

Lepas korang dah letak ayat “gif” tu, korang tekan Enter then korang akan dibawa ke website www.gif.com secara automatic. Dekat website ni nanti korang akan nampak video yang korang pilih dan beberapa icon untuk edit.

Untuk memilih scene yang korang nak jadikan gif, korang cuma perlu tarik je bar biru yang terdapat pada bahagian bawah video tadi dan letakkan di bahagian yang korang nak. Korang boleh memanjangkan time gif atau memendekan time dia, terpulang korang lah nak buat panjang mana.

Di bahagian kiri pulak terdapat beberapa pilihan untuk korang edit gif korang tadi. Contohnya ada Caption, Sticker, Crop dan macam-macam lagi. Kalau korang nak masukkan caption, Korang klik je icon Caption yang dekat belah kiri tu. Tulislah apa yang korang nak tulis. Contoh macam bawah ni:

Selepas korang dah siap edit, Korang klik button Create Gif yang warna hijau dekat bahagian atas kanan tu. Selepas klik, dia akan bawak korang ke page baru yang mana korang letak nama pada gif tersebut dan jugak Tag.

Dah letak nama dan tag, korang klik Next. Bila korang korang tekat Next tadi, akan keluar pop up macam ni yang mana korang boleh daftar akaun premium kalau korang nak. Kalau korang kedekut macam aku korang tekan je button No Thanks.

Kalau korang ada akaun dalam website ini, korang boleh terus klik button Download dekat bahagian kiri. Kalau korang takda akaun, korang pergi dekat bahagian Direct Link, Copy link tersebut dan paste dekat new tab.

Lepas paste dekat new tab, korang tekan Enter dan just klik Save Image As. Settle dah. Senang sajakan nak buat gif daripada Youtube video? Lepas ni bolehlah korang send gifgif yang awesome dekat member-member korang! 

KATALAKI: Brb nak buat semua video TheLaki jadi gif hahaha!

Last modified: 18 January 2019