Bubble Tea Kena Troll

Sembang

Bubble Tea atau juga dikenali sebagai Boba, merupakan kegilaan orang ramai sekarang ni tak kira lah lelaki ke, perempuan ke, orang muda ke, atau orang tua, kat mana-mana pun kita boleh nampak masing-masing sibuk nyonyot Bubble Tea.

Disebabkan semuanya tengah bercakap pasal Bubble Tea, baru-baru ni muncul satu tweet yang cuba untuk troll nama kedai Bubble Tea. Tweet ni bermula daripada seorang pengguna Twitter, @ijaicool yang selalu menghiburkan dunia Twitter dengan tweet yang lawak dan pecah perut. Setakat ni dah lebih 7 ribu retweet dah.

Bila ada nombor 4 maknanya mesti ada nombor 5 dan nombor yang seterusnya, betul? Tu lah namanya media sosial. Ini sambungan troll nama kedai Bubble Tea kat ruang komen.

Bubble Tea berasal dari Taiwan, dihidangkan dengan macam-macam perisa dah sekarang ni. Yang terbaru, Bubble Tea bukan ada air je tapi makanan pun ada. Korang dah pernah try ke Bubble Tea yang versi makanan?

Nasi Bubble Tea tak cukup ekstrem? Mungkin korang boleh try lak Piza Bubble Tea?

KATALAKI: Mungkin lepas ni ada Burger Bubble Tea Cheese?

Last modified: 28 June 2019