Budaya-Budaya Orang Jepun Yang Sangat Extreme!

Sembang

Daripada segi luaran, budaya dan perangai orang Jepun selalu dilihat sangat bagus dan lemah lembut. Memang tidak dapat kita nafikan yang budaya dan adat yang ditunjuk oleh orang Jepun sangat unik dan patut dijadikan contoh kepada masyarakat di negara lain.

Namun itu hanya yang kita nampak daripada segi luaran sahaja. Sebab kalau dilihat betul-betul, terdapat beberapa budaya dan perangai orang Jepun yang dilihat sangat extreme dan sangat tidak sesuai dijadikan contoh kepada orang lain. Hari ini aku nak share dengan korang budaya orang Jepun yang aku rasa sangat extreme!

HIKIKOMORI

Hikikomori bermaksud mereka yang memilih untuk tidak bergaul dengan masyarakat setempat dan hanya habiskan masa terperuk di dalam bilik ataupun rumah mereka. Mereka yang selalu melakukan Hikikomori ini adalah remaja dan orang dewasa lelaki.

Dianggarkan hampir setengah juta penduduk orang Jepun telah menjadi Hikikomori. Kerajaan Jepun ada menyatakan yang mereka yang memilih untuk hidup dengan cara Hikikomori biasanya sanggup duduk dalam bilik mereka tanpa berjumpa dengan orang lain hampir setahun. Walaupun budaya ini sangat terkenal di Jepun, nampaknya budaya ini mula dibawa ke negara lain seperti Amerika Syarikat, India, Itali, dan South Korea.

KODOKUSHI

Jika Hikikomori adalah mereka yang memilih untuk hidup bersendirian, Kodokushi pula adalah budaya yang mana mereka memilih untuk mati sendirian tanpa diketahui oleh orang lain mahupun oleh ahli keluarga mereka. Dan ada beberapa kes, mayat mereka tidak dijumpai sehingga beberapa tahun.

Dahulunya budaya ini hanya dilakukan oleh orang-orang tua di Jepun kerana ditinggalkan sendirian oleh anak-anak mereka. Terdapat satu kes pada 2000 yang mana satu mayat yang dikatakan berusia 69 tahun dijumpai di rumah mereka selepas tiga tahun meninggal dunia. Namun sekarang budaya ini mula dilakukan oleh remaja Jepun . Menurut laporan JapanToday, pada tahun 2015 sahaja sebanyak 238 kes dilaporkan melibatkan mereka yang berusia 20-an dan 30-an.

JOHATSU

Johatsu ini agak berbeza sedikit berbanding Hikikomori dan Kodokushi. Johatsu merupakan satu tindakan yang mana mereka yang terlalu tertekan dengan kehidupan mereka dan mengambil keputusan untuk melarikan diri daripada keluarga dan orang yang mengenali mereka.

Image Via: https://goboiano.com

Orang yang mengambil keputusan Johatsu biasanya akan melarikan diri ke Sanya, Tokyo dan juga ke Kamagasaki, Osaka. Kedua-dua tempat ini sangat terkenal dengan mereka yang memilih untuk melarikan diri dan memulakan kehidupan baru.

KATALAKI: Korang jangan ikut pulak budaya macam ni!

Last modified: 7 October 2019