Budaya Makan Pelik Yang Wujud Di Dunia

Sembang, ZAP, ZeKool

Tak kira lah di mana sahaja tempat di dunia ni, masing-masing mengamalkan budaya hidup yang berlainan daripada apa yang kita amalkan di tempat asal kita. Budaya wujud sebagai satu identiti kepada sesuatu masyarakat. Dan pelbagai budaya yang wujud ni lah yang menjadikan dunia ni tempat yang menarik untuk kita explore. Kalau di Malaysia, budaya makan kita adalah dengan menggunakan tangan. Tetapi bagi kaum Cina di sini pula, mereka menggunakan chopstick yang telah menjadi sebahagian budaya semasa makan mereka sejak beribu tahun dahulu. Tapi ini budaya yang kita boleh nampak sendiri sebab, yelah dah tinggal di Malaysia takkan tak nampak lagi kan. So jom aku bawa korang explore budaya makan lain yang ada di dunia dan dianggap pelik.

MINUM DARAH LEMBU

Ia diamalkan oleh orang Maasai, iaitu kumpulan etnik yang tinggal di selatan Kenya dan utara Tanzania. Kumpulan etnik ini terkenal dengan fesyen pakaian berwarna-warni, serta ritual dan adat yang agak luar biasa. Salah satunya adalah penggunaan darah dan susu lembu dalam makanan mereka. Orang Maasai menggunakan susu untuk membuat teh, mentega dan minuman. Manakala darah lembu diminum mentah atau dimasak bersama. Kadang-kadang mereka akan campurkan darah lembu dan susu lembu untuk diminum.

Cara mereka mengambil darah lembu juga dikira unik kerana tidak membunuh haiwan tersebut. Mereka akan memotong arteri lembu tersebut dengan sangat teliti dan hanya mengambil sejumlah darah yang diperlukan sahaja. Ini kerana lembu dianggap sebagai haiwan keramat yang sangat bernilai dalam budaya mereka. Minuman daripada darah lembu sering dinikmati semasa majlis perkahwinan.

KENTUT SELEPAS MAKAN

Orang Inuits tidak seperti kita. Mereka mendiami wilayah utara Kanada dan Greenland, yang dikira sebagai tempat paling dingin di bumi ini. Mereka hidup di lokasi yang dianggap sukar oleh manusia yang lain. Mereka juga tidak bertani (obviously) dan hanya memancing dan memburu sahaja untuk mendapatkan sumber makanan. Sangat sedikit kaedah memasak mereka disebabkan rempah ratus yang sedikit. Ada juga makanan yang di makan ketika masih sejuk, tapi bukan aiskrim. Tapi apa yang buatkan budaya mereka unik adalah kentut selepas makan. Tabiat ini dikira sebagai satu tabiat yang sopan dimana ia menunjukkan tanda kita menghargai makanan yang kita dah makan.

BUDAYA MAKAN JEPUN

Jepun boleh dikira sebagai satu negara yang kaya dengan budaya. Budaya makan mereka juga boleh dikira unik. Satu budaya di mana seseorang yang memakan ramen harus menghirup ramen tersebut sehingga mengeluarkan bunyi. Ini sebagai tanda berterima kasih kepada tukang masak dan juga menunjukkan bahawa makanan tersebut sedap.

Lagi satu budaya di Jepun adalah setiap kali sambutan Hari Natal, rata-rata keluarga di Jepun akan menjadikan KFC sebagai menu utama mereka. Secara tradisinya, Jepun tidak mempunyai budaya menyambut Christmas, jadi pada tahun 1970 mereka mula menjadikan KFC sebagai makanan tradisi semasa menyambut Hari Natal. Ia juga dilihat pada ketika itu sebagai satu usaha untuk meniru makan malam Christmas tradisional di Amerika Syrikat. Dianggarkan 3.6 juta keluarga di Jepun memakan KFC pada musim Christmas.

JEMPUT ORANG MATI MAKAN MALAM

Bunyi memang menyeramkan! Ia merupakan budaya orang Toraja, penduduk asli wilayah Sulawesi di Indonesia. Selepas orang Toraja meninggal dunia, mereka tidak dikebumikan atau dibakar terus. Sebaliknya mereka dijaga oleh ahli keluarga mereka untuk terus menjalani rutin harian. Mayat akan ditinggalkan di dalam rumah sehingga sampai masa pengebumian mereka. Biasanya selepas beberapa bulan kematian mereka baru lah mayat dikebumikan. Orang Toraja percaya bahawa jiwa si mati masih ada bersama mereka. Jadi setiap kali waktu makan, mayat ini akan diberi makan makanan yang sama dimakan ahli keluarga tersebut.

KATALAKI: Ke mana sahaja kita berada, makan pakai tangan lah yang paling best sekali…

Last modified: 29 May 2020