Bukan Je Muka Sama, Tapi Kaya Pun Macam Cristiano Ronaldo

Aktif, Bola

Siapa je yang tak nak jadi macam Cristiano Ronaldo atau juga dikenali sebagai CR7. Budak kampung yang berasal dari keluarga sederhana dan kini merupakan antara pemain bola sepak paling ternama dan terkaya di dunia. Rezeki manusia masing-masing. Lain orang, lain cara rezeki yang diterima. Athanassios Kotsabassidis atau lebih dikenali sebagai Saki, rezekinya bertambah-tambah disebabkan mukanya seakan-akan CR7.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Saki (@sakioficial) on

Ada tak iras-iras CR7? Saki bukan je mempunyai paras rupa yang seakan-akan CR7. Saki juga sebenarnya merupakan pemain bola sepak gaya bebas atau freestyler dan mampu melakukan aksi bola sepak macam CR7.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Saki (@sakioficial) on

Saki yang berasal dari Jerman, pernah cuba mengejar impian untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesional selepas beraksi untuk pasukan FSV Frankfurt di usia muda. Disebabkan Saki lebih berminat untuk melibatkan diri sebagai pemain bola sepak gaya bebas atau freestyler, Saki buat keputusan untuk tinggalkan cita-cita menjadi pemain bola sepak profesional dan fokus sebagai freestyler sehingga kini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Saki (@sakioficial) on

Pada tahun 2013, Saki pernah beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Borrusia Dortmund. Saki berjaya menjaringkan 1 gol dalam perlawanan tersebut.

Sebagai seorang freestyler yang terkenal dan mempunyai paras rupa seakan-akan CR7, Saki bukan je ada ramai peminat tapi tajaan yang diterima pun dah macam saing-saing CR7. Antara jenama yang gunakan Saki sebagai duta termasuklah Sportingbet, Siemens, Hisense dan banyak lagi lah. Patut la kaya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Saki (@sakioficial) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Saki (@sakioficial) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Saki (@sakioficial) on

KATALAKI: Kalau Cristiano Ronaldo yang asli pindah ke Jerman untuk main kat Bundesliga, memang tak boleh cari makan la dia.

Last modified: 12 September 2019