Bukan Setakat Kenduri Kahwin Je Dalam GTA 5 Tapi…

Game, Tech, ZAP, ZeKool

Sejak-sejak kita terpaksa mengikut seruan kerajaan untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) ni, sudah tentunya kebanyakkan acara yang melibatkan orang ramai terpaksa di tangguhkan, terutama sekali acara-acara sambutan perayaan serta kenduri kahwin yang terpaksa di delay kan.

Bahkan ramai je, yang menyahut cabaran ‘new normal’ seperti mengadakan perjumpaan secara online dan juga nikah secara online. Apabila kerajaan kita menyeru orang ramai untuk mengambil langkah-langkah ‘new normal’ ada daripada golongan-golongan yang berdaya kreatif mengambil inisiatif ke satu level yang berlainan dengan teknologi yang sedia ada. Walaupun kita dalam tempoh PKP tak bermaksud kita memang tak boleh buat berjumpaan atau mengada bermacam jenis acara, tetapi dengan adanya ciptaan virtual world, kita boleh lagi menyatukan silaturrahim antara satu sama lain la senang cerita.

Salah satu cara paling kreatif menyatukan silaturrahim secara dalam alam maya ataupun virtual world ni seperti apa yang telah berjaya dilakukan oleh sekumpulan gamers tegar di Malaysia yang baru-baru ini viral di media sosial apabila mereka mengadakan majlis kenduri kahwin di dunia alam maya Grand Theft Auto V atau GTA V.

Dengan gabungan game online GTA V yang dikuasakan oleh server tempatan yang dikenali sebagai MYRP server yang mengumpulkan kesemua pemain-pemain tempatan. Didalam server MYRP tersebut mereka telah menerapkan identiti Malaysia melalui custom modification seperti baju, kereta dan bangunan, balai polis serta suasana yang nampak seakan seperti di Malaysia.

Menurut salah seorang gamer tempatan bernama Noor Azwan Mohd Noor, MYRP adalah server tempatan pertama yang membawa masuk elemen-elemen tempatan didalam permainan online GTA V ni. Sekarang ni terdapat juga beberapa server tempatan yang menyediakan role playing dengan elemen-elemen tempatan yang unik seperti Polis Diraja Malaysia, KKM, Grab, Dato Bandar, dan macam-macam lagi lah benda-benda kreatif yang dilakukan orang rakyat tempatan dalam server GTA V ni.

Sudah tentu bila ada elemen-elemen tempatan dalam dunia online GTA V ni, banyak juga benda-benda kreatif yang dilakukan oleh pemain-pemain didalam server MYRP. Antaranya seperti yang viral baru-baru ni dimana diorang mengadakan majlis perkahwinan siap dengan baju melayu, pengapit untuk kedua-dua mempelai. Yang paling tak tahan tu, siap ada kenopi, meja dan kerusi standard macam kenduri kahwin kat Malaysia ni.

Video streaming berdurasi 16 minit dikongsikan di Youtube channel GTA 5 Malaysia, kita dapat tengok gelagat para pemain cuba membawa rombongan pengantin lelaki menghadap pengantin perempuan. Siap dengan bunyian kompang dan lagu selamat pengantin baru, tak lupa jugak dengan istiadat menepung tawar dan persembahan silat. Senang cerita memang kelakar la geng-geng dalam server MYRP ni buat role play majlis perkahwin GTA V.

ESCORT BALIK KAMPUNG

Mentang-mentang sekarang ni ramai tak leh nak balik kampung disebabkan kawalan ketat PKP. Geng-geng dalam MYRP server ni buat role play balik kampung. Siap dengan kereta dan motor polis tolong escort diorang semua merentas negeri dalam bas express dua biji. Dalam video ni juga menampilkan Youtuber terkenal Zukie juga turut join dalam ekspedisi balik kampung. Zukie juga dikenali antara top streamer dalam MYRP server ni.

RXZ DALAM GTA V

Memang dalam GTA 5 MYRP server ni, para pemain dapat buat bermacam-macam jenis benda-benda secara custom. Antara benda-benda custom yang menarik dalam GTA 5 ni bila ada player siap buat motor custom RXZ siap dengan bunyi macam motor bila streamer yang dikenali sebagai Abe Wea daripada Avenged TV try test power motor RXZ ni. Tapi last-last kecundang bila RXZ yang dibawa tu terlanggar kereta dan tank bocor. Habis bhaii….

TANGKAP ORANG TAK PUASA

Kalau dah namanya pun role play, jadi memang boleh buat macam macam jenis senario dalam dunia GTA V ni. Antaranya yang paling kelakar adalah bila Abe Wea atau dikenali sebagai Pak Samad dalam server MYRP ni tangkap geng-geng plastik hitam yang tak puasa ketika bulan Ramadan. Siapa-siapa yang tak puasa tu, kena angkut dalam van jenazah custom dengan diiringi skuad daripada balai polis yang datang rush.

KATALAKI: Makin lama kita dalam tempoh PKP ni agaknya makin ramai la yang nak setup PC gaming join server MYRP ni kan?

Last modified: 3 June 2020