Bukan “X” Tapi Sebenarnya…

Sembang

Pass la bola tu! Tekan X! Tekan X!” Tu lah ungkapan yang selalu kita dengar kalau member tengah sedap layan FIFA atau PES kat PS4. Tapi korang tahu tak sebenarnya cara sebutan butang “X” tu bukan X?

Image Via : digitaltrends.com

Semuanya berpunca daripada tweet yang dimuat naik oleh Playstation mengatakan butang “X” sebenarnya ialah butang “Cross“.

Tweet daripada Playstation ni muncul selepas ada pengguna Twitter yang lain mula mempersoalkan nama sebenar butang “X”.

Mungkin kat Malaysia lebih ramai yang dah terbiasa dengan panggilan butang “X” sebagai X dan berbeza pula dengan pemain PS4 yang berada di United Kingdom. Tapi ada seorang pengguna Twitter yang lain cuba menyelesaikan perbalahan ni dan menunjukkan perbezaan “X” dan “Cross”.

Jadi, korang dah boleh terima kenyataan ke belum yang butang “X” tu sebenarnya “Cross“? Ada gak yang gigih untuk leraikan controller PS4 untuk tengok apa nama butang “X” yang sebenar. Lagi pening ni.

Walaupun Playstation kekal dengan pendiriannya yang butang “X” dipanggil “Cross“, tapi majoriti masih lagi memilih untuk sebut butang “X” sebagai X.

KATALAKI: Tak kisah la X ataupun Cross, controller rosak bukan lagi alasan yang munasabah untuk digunakan kalau kena lauk masa main FIFA atau PES.

Last modified: 12 September 2019