Bukti Beckham Bukan Seorang Yang Pemarah

Aktif, Bola

Kali terakhir David Beckham beraksi kat atas padang sebagai pemain bola sepak profesional ialah pada tahun 2013 bersama pasukan PSG.

Sepanjang beraksi bersama pasukan Manchester United, Real Madrid, AC Milan, LA Galaxy, PSG dan England, pernah gak Beckham mengamuk kat atas padang.

Masa Piala Dunia FIFA 1998, Beckham pernah dilayangkan kad merah disebabkan sengaja menendang Diego Simeone dalam perlawanan England menentang Argentina. Beckham kena kecam teruk dengan peminat bola sepak England lepas tragedi ni. Beckham disalahkan sebagai punca England tersingkir daripada Piala Dunia FIFA 1998.

Masa beraksi dengan LA Galaxy pun Beckham pernah gak terlibat dengan pergaduhan kat atas padang disebabkan seorang pemain cuba menjatuhkan Beckham dan menendang tangan Beckham.

Boleh tahan baran gak Beckham ni. Tapi baru-baru ni, Beckham dah buktikan yang semakin berusia, Beckham semakin cool menahan marah apabila James Corden try untuk prank Beckham sebelum patung rasmi yang dihadiahkan oleh LA Galaxy kepada Beckham ditunjukkan kepada orang ramai.

Korang yang tak tengok lagi pasal prank terbaru ni boleh usha video kat bawah ni okeh.

KATALAKI: Marah betul Beckham bila pelakon dalam prank ni cakap dia bekas pemain Manchester City.

Last modified: 25 March 2019