Bukti Betapa Gempaknya Stadium Baru JDT

Aktif, Bola

Tahniah kepada semua penyokong, peminat dan pemilik Johor Darul Ta’zim selepas stadium terbaru, Stadium Sultan Ibrahim selesai dirasmikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 22 Februari 2020. Ramai yang terpegun bila tengok acara pelancaran Stadium Sultan Ibrahim yang ditayangkan kat TV hari tu. Siap ada harimau yang melintas di bumbung Stadium Sultan Ibrahim, menggunakan teknologi Augmented Reality (AR).

Mula dibina sejak tahun 2016, kos perbelanjaan untuk membina Stadium Sultan Ibrahim mencecah sehingga RM 200 juta merangkumi kapasiti penonton yang boleh menampung seramai 40,000 orang, rumput padang berjenis Zeon Zoysia, sistem pencahayaan berirama, sistem bunyi yang padu dan ibu pejabat Johor Darul Ta’zim.

Stadium Sultan Ibrahim juga merupakan langkah pertama Johor Darul Ta’zim dalam proses membina Bandar Sukan JDT yang dilengkapi dengan kemudahan hotel, apartment, pusat membeli-belah dan beberapa lagi kemudahan sukan yang moden.

Perlawanan rasmi pertama yang akan diadakan di Stadium Sultan Ibrahim adalah perlawanan pertama Liga Super 2020 yang juga dikenali sebagai Piala Sumbangsih, akan berlangsung pada 28 Februari 2020 melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim dan Kedah. Jangan risau, setiap pasukan Liga Super 2020 akan dapat merasa kemewahan dan kecanggihan stadium baru JDT nanti.

Tahun 2020 ni, Johor Darul Ta’zim akan terlibat dengan 4 kejohanan bola sepak antarannya Liga Super Malaysia, Piala FA, Piala Malaysia dan AFC Champions League. Buat masa ni, Johor Darul Ta’zim dah membawa masuk 2 pemain terbaru untuk mengharungi musim 2020 iaitu Liridon Krisniqi yang juga dikenali sebagai Mat Don dan Matthew Davies yang disambar daripada pasukan Pahang.

Sejak tahun 2014, Johor Darul Ta’zim berjaya menang Liga Super sebanyak 6 kali berturut-turut, rekod baru yang pernah dicipta oleh sebuah pasukan bola sepak di Malaysia. Selain tu, Johor Darul Ta’zim juga pernah menjulang piala Sumbangsih sebanyak 4 kali, Piala Malaysia sebanyak 2 kali dan Piala FA sekali sejak tahun 2013.

KATALAKI: Kalau ada pasukan yang mampu bersaing dengan Johor Darul Ta’zim di atas padang, semakin meriah Liga Super Malaysia suatu hari nanti.

Last modified: 27 February 2020