Buku Bertemu Ruas – Remy Ishak VS Zul Ariffin

Sembang


Bertempat di Battle Arena Jaya Shopping Centre filem aksi hebat berjudul “Sangkar” telah dilancarkan dengan kerjasama mega di antara 4 syarikat gergasi tempatan Primeworks Studios, Astro Shaw, Infinitus Gold dan mm2 Entertainment. Filem Sangkar merupakan filem Melayu pertama yang memaparkan aksi hebat sukan seni  bela diri Mixed Martial Arts (MMA) yang bakal mengegarkan pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura mulai 29 Ogos 2019.

Filem Sangkar yang menjalankan pengambaran pada tahun 2018 ini mendapat sentuhan hebat oleh pengarah terkemuka Kabir Bhatia. Sangkar juga menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Remy Ishak, Mira Filzah, Adam Mika, Fadlan Hazim dan ramai lagi. Selain itu, atlet peninju profesional MMA sebenar iaitu James “Sledgehammer” Mcsweeney serta Saiful Merican, Peter Hugh Davis, Rashid Salleh dan Terry Gallyot turut membuat penampilan khas di dalam filem Sangkar.

Image via: Thelaki.com.my

MEDIA PRIMA DAN ASTRO BERSATU!
Menerusi filem Sangkar, ini juga merupakan buat julung kalinya 2 syarikat media gergasi Malaysia, Media Prima dan Astro dengan bahagian penerbit filem masing-masing bergabung tenaga bersama produksi Infinitus Gold dan mm2 Entertainment dalam usaha menerbitkan filem Sangkar ini dengan kos keseluruhan pembikinan filem (tidak termasuk promosi) mencecah sebanyak RM3 juta.

AMAN RA FIGHTER!
Filem Sangkar ini bukan sahaja filem kolaborasi mega daripada 4 syarikat terhebat. Tetapi ianya menampilkan aksi gabungan 2 hero tempatan Zul Ariffin dan Remy Isyak serta lakonan Mira Filzah yang memegang watak sebagai Lea. Tak kurang hebatnya, filem Sangkar ini juga menampilkan lagu runut bunyi rasmi daripada Aman RA yang berjudul “Fighter” serta tiga buah lagu daripada bakat hebat dalam arena Hip-Hop tempatan iaitu Dinho, DeLaFlare, Mali & SXPH untuk lagu berjudul “Sangkar”, NtahSape2Ntah dengan lagu “Luar Biasa” dan kolaborasi 000 dan Kid Raww untuk lagu berjudul “Jangan”. Lagu-lagu runut bunyi rasmi filem Sangkar ini dikompilasikan dalam sebuah album rasmi OST filem Sangkar yang akan boleh didengarkan di semua platform digital bermula 23 Ogos 2019.

Image via: Thelaki.com.my

SINOPSIS
Filem Sangkar menceritakan kisah watak Adam dan Johan yang berlawan di luar gelanggang sehingga menyebabkan Johan cedera parah. Untuk menebus kesalahannya, Adam kembali dalam pertarungan jalanan demi dapatkan habuan untuk membantu Johan sekeluarga. Johan pula bertarung dengan hidupnya sendiri demi keluarganya. Adam membuat keputusan untuk bertarung dengan atlet MMA luar negara bagi mendapat habuan lebih besar. Mampukah Adam dan Johan bergelut keadaan serta menebus dosa lalu dalam berdepan cabaran masing-masing.
KATALAKI: Kira filem ni macam 2 in 1 lah. Ada 2 hero dan 1 heroin yang cantik!


Last modified: 24 July 2019