Bumblebee Bawa Geng Transformers Gen-1!

Sembang

Pada Jun yang lepas Paramount Picture telah memaparkan teaser trailer untuk filem Bumblebee. Filem yang diarahkan oleh Travis Knight merupakan filem prequel bagi filem-filem Transfomers sebelum ini.

Baru-baru ini juga kita Paramount Picture telah mengeluarkan trailer terbaru untuk filem ini dan apa yang menariknya, trailer ini memaparkan lebih banyak rekaan-rekaan transformers klasik dari Transfomers Generation-1!.

Jom kita usya sikit macam mana design dia :

  1. BUMBLEBEE

 

Untuk filem kali ini Bumblebee tidak lagi menggunakan rekaan Chevrolet Camaro seperti dalam filem transfomers sebelum ini tetapi kali ini kita akan dapat melihat Bumblebee dalam rekaan Generation-1 iaitu sebagai Volkswagen Beetle.

Bagi kitorang rekaan Bumblebee kali ini nampak lagi menarik dan dekat dengan peminat-peminat Transfomers.

  1. SOUNDWAVE & RAVAGE

Pada filem Transfomers yang lepas kita telah diperkenalkan dengan Soundwave yang membawa rekaan sebagai Mercedes-Benz SLS AMG.

Banyak kritikan dari peminat Transfomers terhadap rekaan ini dan nampaknya kritikan itu didengari oleh Travis Knight dimana dia dengan membawakan rekaan dan warna yang seakan sama dengan Soundwave Generation-1 untuk filem Bumblebee.

Didalam trailer ini juga kita dapat melihat Ravage yang membawa rekaan seperti harimau yang keluar dari dada Soundwave.

  1. OPTIMUS PRIME

Untuk trailer kali ini kita cuma dapat melihat Optimus Prime sekali imbas sahaja tapi apa yang kitorang boleh katakan yang rekaan Optimus Prime dalam filem ini berbeza dengan rekaannya dalam filem-filem Transfomers sebelum ini.

Apa yang pasti tiada lagi rekaan corak api dibadan Optimus Prime. Warna dan rekaan kepalanya jugak berbeza dan lebih kene dengan apa yang peminat-peminat Transfomers mahukan.

KATALAKI: Design macam ni baru ngam and kene dengan cerita Transfomers!

Last modified: 23 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *