BumbleBee: Ni Yang Korang Patut Tahu

Sembang

Spoiler alert! Kalau korang belum lagi tengok siri filem terbaru Transformers, BumbleBee yang sekarang ni tengah ditayangkan kat pawagam, korang masih boleh teruskan untuk baca artikel ni sampai habis. Kami tak bagi spoiler filem ni secara detail sangat. Relax brader. Lepas kami tengok filem ni, ada beberapa benda yang korang patut tahu pasal filem BumbleBee dan review daripada kami.

Filem BumbleBee ni merupakan filem ke-6 untuk siri filem Transformers yang korang dah tengok sebelum ni. Filem BumbleBee ni bukan sequel tapi sebenarnya filem prequel kepada filem Transformers yang pertama kali ditayangkan pada tahun 2007, lakonan Shia LaBeouf dan Megan Fox.

Maknanya apa yang terjadi dalam filem BumbleBee ni korang boleh tengok macam mana planet Transformers, Cybertron dimusnahkan oleh Decepticon, robot jahat dalam Transformers dan Autobot mula menjejakkan kaki di bumi.

Filem BumbleBee ni juga merupakan filem pertama yang tidak diarahkan oleh Michael Bay. Filem Transformers sebelum ni memang kita dah tahu, Michael Bay lah pengarahnya. Untuk filem BumbleBee kali ni, pelakon yang diberi tugas sebagai watak utama ialah Hailee Steinfeld, mungkin korang lebih kenal Hailee Steinfeld ni sebagai seorang penyanyi yang famous dengan lagu Starving, Let Me Go dan Capital Letters. Sebenarnya Hailee Steinfeld mula berlakon dulu sejak berumur 10 tahun, lepas tu baru terlibat dalam bidang nyanyian.

Review

Pada pandangan kami, filem BumbleBee ni boleh dikira sebagai filem chick flick. Maksudnya kalau bro-bro yang memang layan filem Transformers daripada awal akan rasa annoyed sikit dengan filem ni sebab mungkin BumbleBee dalam filem ni masih di usia remaja. Boleh main sorok-sorok dan ada adegan BumbleBee merajuk dengan Hailee Steinfeld. Robot pun ada usia remaja ke?

Lakonan dan feel Hailee Steinfeld dengan BumbleBee dalam filem ni tak sama macam mana Shia LaBeouf dengan BumbleBee dalam filem Transformers yang sebelum ni. Mungkin sebab dah terbiasa BumbleBee yang rapat dan ngam dengan Shia LaBeouf, lakonan Hailee Steinfeld macam kureng sikit. Mungkin produksi filem Transformers nak cipta watak baru yang memang ngam dan kawtim dengan BumbleBee, tu yang dorang cipta watak yang dilakonkan oleh Hailee Steinfeld lepas Shia LaBeouf chow dari siri filem Transformers.

Lepas Shia LaBeouf dah tak terlibat dalam siri filem Transformers, Mark Wahlberg yang gantikan watak utama dalam filem Transformers sebelum ni. Tapi watak Mark Wahlberg sebenarnya lebih ngam dan kawtim dengan Optimus Prime.

John Cena pun ada dalam filem BumbleBee ni. Watak John Cena dalam filem BumbleBee lebih kurang macam watak Josh Duhamel dalam filem Transformers sebelum ni. Askar terawal yang terlibat dengan Transformers, mula-mula benci Transformers. Lepas tu jadi kawan. Tapi serius. Pada pandangan kami, John Cena berlakon tak cukup best. Susah nak lawan kualiti lakonan Josh Duhamel.

Yang paling menarik dalam filem BumbleBee ni rasanya masa scene Autobot dan Decepticon berlawan. Ni memang boleh dipuji. Masa dorang berlawan, bergaduh, bergusti baru lah nampak filem ni ialah filem Transformers. Dengan teknologi yang semakin canggih sekarang ni, scene Autobot dan Decepticon bertukar daripada kereta jadi robot pun kemas dan cun.

Filem ni sebenarnya lebih nak tunjukkan macam mana perjalanan Transformers dari awal terutama sekali BumbleBee. Macam mana dapat nama BumbleBee, kenapa BumbleBee je Transformers yang tak boleh bercakap, kereta apa yang BumbleBee guna sebagai kereta sebelum Camaro, semua ada ditunjukkan dalam filem ni. So, yang belum tengok kena pergi tengok! Yang dah tengok tu, apa komen korang? Puas hati tak dengan filem ni?

Nak layan lagi review filem-filem dan pendapat bernas, korang boleh layan bro-bro podcast “Over Teh Tarik”” kat Aiskacang.com.my, KLIK KAT SINI

KATALAKI: Apa persamaan BumbleBee dengan BubbleTea? Dua-dua favourite chinggey.

Last modified: 9 January 2019