Bunuh Dan Masak Mayat Teman Lelaki Untuk Anak Makan

Sembang, ZeKool

Baru baca tajuk, dah boleh meloyakan tekak korang. Apatah lagi perasaan anak-anak yang dihidangkan dengan makanan yang diperbuat daripada darah dan daging bapanya sendiri. Kejadian ngeri ni berlaku pada tahun 2,000, seorang wanita yang dikenali sebagai Katherine Knight, membunuh teman lelakinya dengan kejam sebelum memotong dan memasak tubuh badan teman lelakinya untuk dihidangkan kepada anak-anak.

Sifat kekejaman yang wujud dalam Katherine Knight dah mula diasah sejak zaman kanak-kanak lagi apabila ibunya berkahwin dengan seorang lelaki, Ken Knight yang dikenali menerusi bekas suaminya, sebelum melahirkan Katherine Knight pada tahun 1955. Ken Knight, bapa kepada Katherine Knight, merupakan seorang pemabuk yang selalu melakukan kekasaran kepada isterinya yang juga ibu kepada Katherine Knight, termasuk lah merogol isterinya beberapa kali dalam satu hari. Ketika berada di sekolah, Katherine Knight dikenali sebagai seorang pembuli kepada pelajar lain yang lebih kecil darinya, sebelum berhenti bersekolah ketika berumur 15 tahun. Selepas berhenti sekolah, Katherine Knight bekerja sebagai pemotong daging haiwan di salah sebuah kedai yang menjual daging segar.

Semasa masih lagi bekerja sebagai pemotong daging, Katherine Knight mendirikan rumah tangga buat kali pertama pada tahun 1974, bersama David Kellet, juga seorang pemabuk macam bapanya. Sepanjang bersama David Kellet, macam-macam kejadian kekejaman pernah berlaku termasuk lah cuba mencekik suaminya pada malam perkahwinan, atas alasan suaminya tertidur selepas hanya melakukan hubungan intim sebanyak 3 kali. Tak cukup dengan tu, Katherine Knight juga pernah membakar pakaian dan memukul kepala suaminya dengan kuali disebabkan suaminya balik rumah lambat. Selepas 10 tahun bersama, Katherine Knight dan David Kellet akhirnya berpisah pada tahun 1984.

Masih lagi berkeinginan menjalinkan hubungan, dalam masa yang sama, masih lagi mempunyai dendam dengan lelaki, Katherine Knight berkenalan dengan teman lelaki baru, David Saunders pada tahun 1986 yang juga mencetuskan macam-macam tragedi kekejaman. Pada tahun 1990, Katherine Knight berpasangan pula dengan John Chillingworth sehingga dikurniakan seorang anak lelaki sebelum Katherine Knight berlaku curang dengan lelaki lain, dikenali sebagai John Price, seorang duda yang mempunyai 3 orang anak. Walaupun John Price tahu mengenai sejarah kekejaman yang pernah berlaku sepanjang hidup Katherine Knight, tapi John Price masih lagi berani untuk duduk satu rumah dengan Katherine Knight, bersama dengan 2 orang anaknya sebab menurut John Price, anak-anaknya suka dan selesa dengan Katherine Knight.

Pada tahun 1998, John Price pernah dibuang kerja disebabkan Katherine Knight yang merakam bukti John Price mencuri barang-barang yang diambil dari tempat kerja dan menghantar bukti kepada majikan John Price, walaupun barang tersebut sebenarnya merupakan barang yang dah tak digunakan lagi dan dibuang di tempat pembuangan sampah tempat kerjanya.

Pada tahun 2000, John Price pernah ditikam oleh Katherine Knight di bahagian dada sehingga menyebabkan John Price cuba mendapatkan arahan mahkamah untuk menjauhkan diri dan anak-anaknya daripada Katherine Knight yang dah semakin mengganas selepas John Price menolak untuk berkahwin dengan Katherine Knight. Pada 29 Februari 2020, John Price yang dah tak tinggal sebumbung dengan Katherine Knight, pulang ke rumah dari tempat kerja pada waktu lewat malam sebelum terlelap. Tak lama selepas John Price terlelap, Katherine Knight tiba-tiba muncul dalam rumahnya, masak makan malam, tengok TV dan mandi sebelum kedua-duanya melakukan hubungan intim dan seterusnya tertidur. Keesokan harinya, jiran-jiran John Price yang tahu mengenai kisah kekejaman yang berlaku kepada John Price, terkejut apabila ternampak kereta John Price yang masih lagi berada di rumah, sepatutnya John Price dah keluar dari rumah untuk ke tempat kerja.

Jiran-jiran dan rakan sekerja yang risau dengan keselamatan John Price, pergi ke rumah John Price untuk mendapatkan kepastian sebelum ternampak kesan darah dan melaporkan kepada pihak polis. Pihak polis yang tiba di lokasi memecah masuk dari pintu belakang, terjumpa mayat John Price dalam keadaan ngeri dan Katherine Knight dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas menelan pil yang banyak untuk membunuh diri.

Menurut pihak polis, keadaan dalam rumah John Price masa tu sangat menyeramkan. Selepas menikam John Price sekurang-kurangnya sebanyak 37 kali, Katherine Knight melapah kulit John Price sebelum memotong bahagian tubuh badan John Price untuk dimasak dan dihidangkan kepada anak-anak John Price. Kepala John Price dijumpai dalam sebuah periuk di atas dapur yang tengah dididihkan bersama sayur-sayuran. Katherine Knight yang didakwa di mahkamah, dihukum penjara seumur hidup tanpa parol, menjadikan Katherine Knight wanita pertama di Australia yang dihukum penjara seumur hidup tanpa parol.

KATALAKI: Sekarang ni Katherine Knight masih lagi hidup dan masih lagi menjalani hukuman penjara seumur hidup di Silverwater Women’s Correctional Centre, New South Wales, Australia.

Last modified: 25 August 2020