Bunuh Diet Korang Depan TV?

Collab, SuperDeals

SuperDeals

New year, new me” itulah tagline cliche ramai selalu guna bila awal tahun. Cita-cita tinggi lah masuk bulan 1 katanya nak mula diet, dan paling penting sekali pergi GYM! Masa untuk acah-acah nak pasang niat pergi ke gym tu dah boleh dilupakan dah kot. Nak-nak bila dah masuk bulan 2 tahun 2019 ni. Korang dah boleh dah mulakan rutin harian seperti biasa. Makan dan minum balik benda yang korang selalu makan/minum dan lepak rumah sambil layan tv shows kat Netflix.

Takde hal la geng, kita semua sama je. Kalau ada member yang sembang kata berapa banyak reps dia buat tiap-tiap hari kat gym, abaikan je member macam tu. Mungkin diorang pun sembang je jugak acah-acah pergi gym, kalau diorang tak sembang tu, maybe diorang pun faham apa yang korang rasa.

Sembang pula pasal makan dan minum, tipu la kalau siapa tak layan citer-citer kat TV pasal memasak ni. Walaupun korang sejenis yang tak pernah ke dapur atau selalu makan kat luar je. Tapi bila ada rancangan masakan menarik, tetap korang layan jugak kan?

Harini kitorang nak share food shows yang korang patut layan kat Netflix. Kalau selalu asyik tengok citer komedi, drama atau citer hantu kat Netflix. Kali ni apa kata kita tambah ilmu pengetahuan tentang makanan pulak dengan adanya list Food Shows dekat Netflix ni.

THE FINAL TABLE

Kalau korang suka tengok competition macam rancangan Masterchef. The Final Table concept dia lebih kurang macam tu, tapi digabungkan dengan chef-chef terhandle dari serata dunia. Ada 12 pasangan chef yang berentap untuk pertandingkan skill kulinari. Setiap episod akan fokus pada hidangan kebangsaan negara mereka. Mencabar gak competition macam ni, chef-chef dalam ni semua power-power gais.

UGLY DELICIOUS

Show ni kita ikut chef selebriti terkenal David Chang sambil dia explore makanan-makanan culture lain, dalam citer ni jugak David Chang bawak sekali selebriti-selebriti terkenal try makanan di setiap episod. Selain korang tahu pasal makanan-makanan yang sedap, korang boleh kenal juga dengan budaya lain. Korang suka layan show Anthony Bourdain? Mesti korang suka Ugly Delicious jugak.

NAILED IT!

Yang ni antara tv show makanan yang aku recommend lah. Nailed It! dah masuk season ke-2 dan ianya adalah gameshow masakan. Apa yang best dalam ni adalah semua yang masuk ni gameshow semuanya adalah chef-chef amatur. Even kalau korang tak suka tengok Nailed It! di episod pertama, korang akan suka jugak. Sebab lagi satu adalah host dia Nicole Byer tu memang kelakar dan suka buat surprise-suprise secara random. Nailed It! ni juga dah expend sampai ke Nailed It! Mexico yang diadakan dalam bahasa Spanish.

The Mind Of A Chef

TV show ni ramai yang label sebagai “intelligent show about cooking” . Masa citer ni mula-mula keluar dulu kat Netflix, ramai juga yang binge watch sebab rancangan ni bukan saja sajikan tentang makanan, tetapi juga kita dapat ikut life of chef ternama di setiap episod sambil tu tau juga tentang travel dan history tentang specific makanan. Dalam citer ni juga, kita dapat dengar suara the late Anthony Bourdain sebagai narrator.

SALT FAT ACID HEAT

Rancangan ni dihostkan oleh penulis award-winning, Samin Nosrat. Salt Fat Acid Heat ni siri 4 episod yang diambil daripada buku tulisan Samin Nosrat dengan tajuk yang sama. Rancangan ni aku rasa paling ilmiah kalau korang nak tahu and explore masakan-masakan di restaurant ternama di California, Japan, Mexico dan Italy. Dalam ni jugak Samin akan bagi tips untuk memasak jugak.

Last sekali kitorang nak share, untuk betul-netul bunuh diet korang. Apa kata try Butter Chicken with Rice + 2 Ice Lemon Tea + 1 Chocolate Lava Cake set untuk 2 orang, korang bayar RM46 je. Nak tau macam mana? KLIK KAT SINI.

KATALAKI: Tiba-tiba terasa macam pengkritik makanan pulak lepas tengok citer-citer kat atas ni…

SuperDeals

Last modified: 30 May 2019