Bunuh Kekasih Dan Simpan Kemaluannya Sebab Terlalu Cinta!

Sembang

Kadang-kadang orang kata kerana cinta kita jadi buta untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Ada juga yang kata cinta ini boleh membuatkan seseorang itu jadi ‘gila’ tapi bukan lah gila macam yang kurang siuman tu. Biasa lah orang bercinta yang tengah hangat bercinta ni memang lain macam sikit, ibarat berada dalam dunia sendiri. Tapi ada juga kes disebabkan cinta dia berubah menjadi seorang pembunuh. Eh kejap, macam tak logik pula orang bercinta boleh jadi pembunuh ni. Tapi ini lah kisah sebenar yang pernah berlaku di Tanah Matahari Terbit, iaitu di negara Jepun. 

BERMULA SEBAGAI GEISHA

Di Jepun, Pada bulan April tahun 1936, seorang wanita dikatakan telah membunuh kekasihnya lalu memotong dan menyimpan kemaluan kekasihnya itu kerana terlalu cinta. Wanita yang bernama Sada Abe merupakan seorang pekerja Geisha yang telah melarikan diri daripada kehidupan yang penuh dengan aktiviti seksual itu. Dikatakan keluarganya lah yang memaksanya untuk menjadi Geisha sebagai satu bentuk hukuman kerana mempunyai beberapa kekasih ketika dia masih remaja. Kekasih Abe pula, Kichizo Ishida telah mengenali Abe beberapa bulan sebelum dia dibunuh oleh Abe. Selepas Abe melarikan diri daripada pekerjaan sebagai Geisha, Ishida mengupah Abe untuk bekerja sebagai pelayan di restorannya. Seterusnya daripada situ lah mereka berkenalan. 

Selepas beberapa lama Abe bekerja di situ, akhirnya mereka jatuh cinta. Tapi dalam masa yang sama sebenarnya Ishida sudah pun mempunyai isteri. Ishida dan Abe tidak begitu mempedulikan hakikat itu dan mereka pun sering tidur di hotel untuk bersama. Lepas mereka selesai ‘bercinta’ di hotel, Ishida pun pulang lah ke rumah isterinya. Abe pula menjadi cemburu yang amat sangat sehingga dia mula memabukkan dirinya. Pada bulan berikutnya, Abe membeli sebilah pisau dan mengugut untuk membunuh Ishida. Apa yang mengejutkan, Ishida yang sepatutnya berasa takut sebaliknya berasa lebih tertarik terhadap Abe. 

KISAH INI BERTAMBAH GILA!

Ishida dan Abe kembali menyambung hubungan mereka yang hangat itu, dan kali ini Abe menggunakan pisau sebagai permainan semasa mereka melakukan hubungan seksual. Semasa melakukan satu hubungan seksual, Abe sengaja meletakkan pisau pada kemaluan Ishida, seolah-olah ingin memotong kemaluannya jika Ishida pulang semula kepada isterinya. Ishida tidak kelihatan takut, malahan menyukai elemen bahaya dan ganas dalam hubungan seksual mereka. Ishida menyatakan kepada Abe yang dia suka dicekik semasa melakukan hubungan intim, dan tanpa disedari idea untuk mencekik Ishida sehingga mati telah tertanam dalam fikirannya. Dua hari kemudian, Abe mencekik kekasihnya itu sehingga mati semasa dia tidur.

Tidak cukup dengan itu, kemaluan kekasihnya itu dipotong dan disimpan di dalam balutan kertas putih. Darah Ishida digunakan untuk menulis namanya dan kekasihnya itu pada peha Ishida, dan dengan menggunakan pisau Abe mengukir namanya pada tangan Ishida. Selepas selesai, Abe keluar dari hotel dan meninggalkan mayat Ishida di bilik hotel. Tapi kemaluan Ishida yang dipotong itu di bawanya bersama. Abe mengatakan selepas melakukan pembunuhan itu dia berasa lega dan tenang, seolah-olah beban pada dirinya sudah tiada lagi. 

KEGILAAN YANG TIADA PENAMAT…

Kakitangan hotel yang mengemas bilik mereka terus ternampak mayat Ishida. Berita kematian itu tersebar cepat pada pihak media serta pihak berkuasa dan mencetuskan keadaan panik, dan bermula lah pemburuan Abe. Kelibat Abe dilihat sedang berjalan-jalan dengan santai di bandar Tokyo dan juga sempat pergi menonton wayang. Pada 20 Mei dia dikatakan telah mendaftar masuk ke hotel dengan menggunakan nama palsu. Ketika di hotel Abe menghabiskan masanya menulis surat perpisahan kepada rakan-rakannya. Dia sebenarnya sudah merancang untuk bunuh diri dengan melompat dari gunung. 

Sementara menunggu waktu yang sesuai untuk dia bunuh diri, Abe sempat melakukan hubungan seksual dengan kemaluan Ishida yang dipotongnya itu. Ini kerja gila!

Tak lama kemudian, polis pun tiba di hotel tempat dia menginap. Pintu bilik hotel diketuk, dan Abe dengan tenang menjemput pihak polis masuk ke dalam. Abe memberitahu identitinya yang sebenar dan menunjukkan kemaluan Ishida yang dipotongnya itu kepada pihak polis. Semasa ditanya kenapa dia melakukan perkara tersebut, Abe mengatakan bahawa dia terlalu menyayangi kekasihnya itu dan tidak mahu kekasihnya mempunyai perempuan lain. Walaupun pada hakikatnya Abe mengetahui bahawa Ishida sudah mempunyai isteri, tetapi dia tidak peduli dan terus membunuh Ishida supaya tiada wanita lain yang dapat menyentuh kekasihnya itu.

TIDAK DIHUKUM MATI

Abe meminta untuk dihukum mati, tetapi pihak mahkamah menolak permintaannya itu dan menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun. Selepas dibebaskan daripada penjara, Abe terus menjalani kehidupan seperti biasa walaupun ramai yang mengenalinya. Kisah jenayah gilanya itu telah membuatkan dia sedikit terkenal dan terhasilnya sebuah buku berjudul autobiography serta sebuah filem berjudul A Woman Called Sada Abe. Selama 20 tahun, dia bekerja sebagai pelayan, tapi selepas itu pada tahun 1970 dia dikhabarkan hilang tanpa berita.

KATALAKI: Dah macam cerita dalam novel tapi memang betul-betul berlaku…

Last modified: 1 July 2020